suria

Bermula dengan sakit kepala, leher bengkak... penyakit anak akhirnya dapat dikesan selepas 5 hari - “Kami tak travel mana-mana pun”

Seorang ibu berkongsi pengalaman anaknya yang disahkan dijangkiti penyakit Kawasaki.

IBU mana yang tidak bimbang apabila anaknya tiba-tiba jatuh sakit apatah lagi ketika penularan wabak Covid-19 masih belum reda.

Berkongsi pengalamannya di laman Facebook Kelab Ibu Mengandung Malaysia, pelayar bernama Qaseh Amanda menceritakan detik-detik cemas yang dilalui mereka sekeluarga sebelum mengetahui penyakit sebenar yang dialami anaknya.

Cerita ibu ini, segalanya bermula apabila anak perempuan yang berusia dalam lingkungan usia tujuh tahun mengadu sakit kepala sebaik sahaja pulang dari sekolah, minggu lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Cemas! Mata anak terbeliak, mulut terkacip, ibu berkali-kali lafaz maaf kepada anak kena Influenza A - “Aku tak mahu kehilangan lagi”

ARTIKEL BERKAITAN: Demam berlarutan, bapa terkejut Google simptom Kawasaki selepas 5 hari anak di wad - “Sedih dia terpaksa makan ubat jantung orang dewasa”

"Khamis tu balik sekolah dia mengadu 'Zara macam sakit kepala Mummy'. Malam pun sama mengadu sakit kepala. Letak minyak, picit-picit. Esoknya dia demam.

"Kami pergi klinik... doktor bagi ubat demam dan antibiotik. Masuk hari ketiga ubat-ubat semua habis. Naik pula bengkak bawah leher.... pergi semula klinik.

"Doktor minta bawa ke hospital. Doktor buat surat hari tu juga kami pegi. Masa ini bengkak leher sebelah kiri makin besar. Doktor check dan bagi ubat demam juga antibiotik. Masa ni tak dapat kesan lagi penyakit apa," ujarnya pada perkongsian tersebut.



Perkongsian seorang ibu mengenai pengalaman anaknya yang dijangkiti penyakit Kawasaki.

Wanita ini berkata, anaknya tidak dimasukkan ke wad sebaliknya dibenarkan pulang ke rumah dan makan ubat yang telah dibekalkan.

Bagaimanapun, masuk hari kelima keadaan anaknya semakin buruk apabila kelihatan bintik-bintik merah mulai tumbuh di bahagian kaki dan tapak tangannya.

"Enam ubat ngam-ngam habis. Masa ni tapak kaki, bahagian kaki, tapak tangan semua naik gatal-gatal merah. Mulut bibir pecah-pecah, lidah mata semua merah-merah habis.

"Pukul 10.30 malam badan Zara menggigil-gigil teruk... demam makin melarat. Terus hantar ke hospital, masuk emergency. Check Covid-19, ambil darah, air kencing malam tu juga.



Bagi mengubati penyakit tersebut, anaknya memerlukan 16 botol ubat khas yang mana setiap satunya berharga mencecah RM1,000.

"Doktor juga check jantung dan check semua takut ada bengkak dalaman," tulisnya.

Selesai pemeriksaan dilakukan, akhirnya penyakit yang dialami oleh anaknya dapat dikesan.

"Hati ibu mana tak sedih dapat keputusan yang Zara kena penyakit 'Kawasaki'. Sebelum ni pernah baca saja. Kami tak ada pergi mana-mana travel pun. Memang dalam rumah saja (sebelum ini)," tulisnya

Bagi mengubati penyakit tersebut, anaknya memerlukan 16 botol ubat khas yang mana setiap satunya berharga mencecah RM1,000.



Antara simptom penyakit Kawasaki.

"Badan Zara kena ambil 16 botol. Untuk ubat saja RM 16,000. Sekarang ni Zara tengah masuk air dalam badan sebab dia kurang air.

"Alhamdulillah baru masuk ubat dah enam botol nmpak beransur sikit-sikit. Moga Zara cepat sembuh dari penyakit bahaya ni. Ameen Ya Allah," tulisnya lagi.

Perkongsian wanita tersebut dibanjiri dengan ratusan komen netizen yang mendoakan kesembuhan anaknya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain