Ainul Mardhiah ‘naik pangkat’ jadi kak long, ibu selamat bersalin anak lelaki

Berita gembira itu dikongsi ayah Ainul di Facebook miliknya.

AINUL Mardhiah Ahmad Safiuddin yang membuang ketumbuhan dalam mulut di London, United Kingdom (UK), setahun lalu kini sudah bergelar kakak.

Bapanya, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak, 25, menerusi satu posting di Facebook berkongsi kisah gembira apabila isterinya, Nurul Erwani Zaidi selamat melahirkan anak kedua mereka yang juga bayi lelaki pada Khamis petang.

"Alhamdulillah. Terima kasih Allah SWT. Khamis, 3.40 petang. Khalifah," tulisnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Setahun berlalu... Dr Amalina imbas momen penuh emosi sebelum dan selepas Ainul dibedah – “Terima kasih semua, anda adalah hero sebenar”

ARTIKEL BERKAITAN: Berjaya! Tumor 200g dikeluarkan dari mulut Ainul Mardhiah,"Perjalanan yang cukup emosi..." - Dr Amalina

Posting Ahmad Safiuddin turut dibanjiri ucapan tahniah daripada netizen atas kelahiran bayi lelaki itu.

"Tahniah. Semoga mama dan baby sihat dan dipermudahkan urusan, tahniah juga untuk Ainul sebab dah naik pangkat jadi kak long," kata Siti.



Ainul semakin sihat dan sudah pandai bercakap.

"Alhamdulillah. Tahniah buat anda sekeluarga dikurniakan cahaya mata kedua. Penyeri rumah tangga. Yeahh Ainul dah jadi kakak sekarang. Semoga membesar dengan sihat bersama adiknya. Aamiin," kata Hafiz.

Dalam pada itu, Ahmad Safiuddin turut berkongsi keletah Ainul sewaktu menerima kehadiran adiknya.

Sekarang Ainul dan boleh bercakap, bermain, belajar sama dengan adik ya di rumah. Alhamdulillah. Isteri dan anak kedua sihat walafiat.

AHMAD SAFIUDDIN AHMAD RAZAK

Bapa

"Tadi video call mama dengan adik dia, habis dicungkil-cungkil hidung si adik dalam telefon.

"Kalau jumpa depan-depan ni macam manalah," katanya mengenai anak sulungnya yang bakal menyambut hari lahir kedua Ogos ini.

Malah dia turut bersyukur kerana kehadiran anak keduanya itu hadir tepat pada masanya.



Gambar sewaktu Ainul berada di United Kingdom untuk menjalani pembedahan tumor di mulutnya.

"Lepas ni kakak Ainul dah ada kawan bermain. Boleh explore dengan adik. Boleh main dengan adik. Belajar sama-sama dengan adik. Membesar sama sama dengan adik.

"Selama ni main sorang-sorang je di rumah, kalau pergi hospital bila Ainul nampak kawan-kawan sebaya dia, mesti Ainul tersengih-sengih seolah ingin bercakap dengan kawan tu.

"Sekarang Ainul dan boleh bercakap, bermain, belajar sama dengan adik ya di rumah. Alhamdulillah. Isteri dan anak kedua sihat walafiat," katanya.

Ainul Mardhiah sebelum ini menjalani pembedahan membuang ketumbuhan seberat 200 gram di mulut selepas bertarung nyawa selama lima jam di hospital kanak-kanak di London, UK pada 10 Jun 2019 yang turut dibantu pelatih pakar bedah UK, Dr Nur Amalina Che Bakri.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Ainul Mardhiah, adik lelaki, tumor, kakak

Artikel Berkaitan

Klik

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Artikel Lain