Anak lelaki dedah siapa ‘mastermind’ di sebalik video tular 4 beranak di pagi Syawal, mesti ramai terkejut! - “Kami semua terkaku sekejap”

Video tarian Adam sekeluarga di pagi Syawal berjaya mencuit hati netizen.

MESKIPUN Syawal kali ini disambut dengan cara berbeza, kemeriahannya tetap terasa.

Pelbagai ragam sepanjang hari kemenangan bagi umat Islam itu dapat kita lihat di media sosial.

Tidak terkecuali video tarian empat beranak di pagi Syawal yang berjaya mencuri tumpuan netizen sama ada dari dalam mahupun luar negara.

ARTIKEL BERKAITAN: Leka menari TikTok, gadis cabut lari lihat kelibat lelaki di belakang... siap bawa tauhu bergedil - “Nak tegur beri salam jadi serba salah”

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis ‘propa’ jalan-jalan di bazar Ramadan, kawan tengok komen pula ‘emosi’ sampai menangis!- “Nasib baik comel walaupun hambar”

Video tarian inspirasi daripada Eurovision Song Contest bertemakan lagu Think About Things yang dimuatnaik seorang pemuda di Twitternya pada 1 Syawal lalu menjadi tular.

Sehingga kini video itu mendapat 166,400 ulang kicau dan lebih 600,000 tanda suka serta mendapat 9.4 juta tontonan di Twitter.



Adam bersama bapa, ibu dan kakaknya.

Menurut Adam Imanullah, video tarian itu sebenarnya dibuat sekadar untuk suka-suka bersama kakak dan juga kedua-dua ibu bapanya.

“Video tu buat just for fun je. Ingatkan nak hantar dekat keluarga terdekat je tapi tak sangka boleh viral pula.

“Bila video tu dah viral, kami semua terkaku sekejap. Tak sangka audience sampai macam tu sekali. Dalam beberapa jam je dah berpuluh ribu retweet,” katanya kepada mStar.

Jelas pemuda berusia 22 tahun itu, video tersebut dirakam secara spontan dan mereka sekeluarga tidak mengambil masa lama untuk menghafal rentak tarian itu.

“Lepas solat raya, nak makan. Lepas tu bukan ada orang nak datang pun. Jadi tak ada benda nak buat, tiba-tiba mak cakap jom buat video.

“Semua OK. Kami practise sekejap je. Mak ayah saya semua senang, dah tahu rentak tarian tu. Jadi semuanya mudah dan berlaku secara spontan.



Tarian bersahaja ayah dan ibu Adam mendapat pujian netizen.

“Lagipun parents saya memang sporting. Mereka sokong apa yang saya buat. Tak sangka ramai suka tengok cara mereka menari, ” katanya.

Adam berkata walaupun raya kali ini mereka tidak dapat pulang ke kampung halaman di Taiping, Perak, sambutannya tetap meriah.

“Kali ni kami beraya dekat rumah di Puchong. Kalau tak ada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) kami selalunya balik Taiping.

Lepas solat raya, nak makan. Lepas tu bukan ada orang nak datang pun. Jadi tak ada benda nak buat, tiba-tiba mak cakap jom buat video.

ADAM IMANULLAH

Anak

“Walaupun hanya beraya berempat di rumah, sambutan tu tetap meriah. Sambil-sambil tu kami video call famili lain. Lagipun nenek ada dekat rumah makcik di KL, ” katanya.

Dalam pada itu, anak bongsu daripada dua beradik itu juga gemar berkongsi video nyanyiannya di Twitter.

Kemerduan suaranya ternyata mendapat pujian dan reaksi positif dalam kalangan netizen.



Antara komen netizen pada posting Adam.

Katanya, dia sebenarnya mempunyai sebuah band yang dikenali sebagai The SUAV.

“Saya memang suka menyanyi. Saya sebenarnya ada band. Kami suka buat lagu berkonsepkan Pop Rock.

“Dalam band ada empat orang. Semuanya kawan saya sejak bersekolah di Victoria Institution.

“Kalau diberi peluang memang nak naikkan nama band kami. Lagipun sekarang kami tengah bekerjasama dengan Aidil Alfian, ” katanya.

Selain Adam, kumpulan tersebut turut dianggotai, Akif Taqiuzaman, Arrif Salleh dan Faiz Ridhwan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Klik

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Artikel Lain