“Saya bukan 'makcik bawang' ya” - Ibu borak sakan ketika ziarah raya sampai anak tertidur... video tular buat guru sedar sesuatu tentang dirinya

Normalah (kanan) menjadi perhatian di media sosial selepas rancak berbual ketika ziarah Aidilftri sehingga anak lelakinya tertidur.

APABILA sangat teruja menyambut Aidilfitri ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), pastinya banyak perkara yang hendak dikongsi bersama saudara-mara.

Apatah lagi PKPB hanya membenarkan aktiviti ziarah melibatkan ahli keluarga terdekat tanpa rentas negeri, dan dilakukan pada 1 Syawal sahaja.

Maka peluang yang ada direbut sebaik-baiknya seperti mana sebuah video tular menunjukkan seorang ibu rancak berbual bersama saudaranya sehingga anak bujangnya yang duduk bersebelahan di sofa lena dibuai mimpi.

ARTIKEL BERKAITAN: "Saya mahu hidupkan suasana menyeronokkan" - Pulas minyak motor terhad di tingkat bawah saja, terbaharu cikgu usung speaker sampai tingkat 3 kejut pelajar

ARTIKEL BERKAITAN: Guna teknik 'pulas' kejut pelajar liat bangun pagi, cikgu penyayang dedah hari 'malang'... koridor asrama tiba-tiba sunyi

"Bila mak kau terlalu rancak borak ngan makcik kau," menurut perkongsian di laman Instagram shamrashidd, yang dirakamkan oleh seorang lagi anaknya.



Tangkapan skrin video yang menunjukkan anak kedua Normalah tertidur di rumah ibu mentuanya.

Wanita berkenaan, Normalah Doraman, 49, berkata, dia sama sekali tidak menyangka video yang memaparkannya berbual bersama ahli keluarga di ruang tamu rumah ibu mentuanya di Batang Kali di Hulu Selangor, Selangor menjadi tular.

Dia yang bertugas sebagai guru berkata, lebih mengejutkan apabila video tersebut turut disedari oleh para pelajarnya di laman sosial.

"Bila saya tengok, reaksi pertama saya... adoi, sabar jelah. Sampaikan anak-anak murid hantar mesej di WhatsApp cakap 'cikgu-cikgu, macam tu lah cikgu bila tengah mengajar, so excited!'.

"Saya rasa kelakar tapi memang betul pun. Kalau saya mengajar di kelas, habis segala mimik muka, dengan tangan-tangan bergerak dan terangkat excited mengajar," katanya kepada mStar.



Normalah (berdiri, kiri) bersama suami, lima anak dan ibu mentua semasa sambutan 1 Syawal.

Normalah yang bertugas di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Baru Sungai Buloh di Selangor berkata, dia sentiasa berhubung dengan pelajar-pelajarnya terutama dari segi tugasan dan rujukan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan PKPB.

"Namun, setakat ini saya belum pernah buat video dengan pelajar-pelajar. Hanya berhubung menerusi aplikasi Google Classroom, WhatsApp dan Telegram.

Saya rasa kelakar tapi memang betul pun. Kalau saya mengajar di kelas, habis segala mimik muka, dengan tangan-tangan bergerak dan terangkat excited mengajar.

NORMALAH

"Bila tengok video tu, saya terfikir macam tu agaknya rupa saya bila berseronok bercerita. Selama ni saya tak pernah tengok diri saya sendiri ketika mengajar atau bercerita.

"Mungkin selepas ni saya guna teknik video untuk mengajar, saya perlu mengikuti peredaran semasa dan teknologi," ujar ibu kepada lima anak itu.



Normalah disenangi pelajar-pelajarnya di SMK Bandar Baru Sungai Buloh.

Sebagai guru Sejarah, Normalah yang menetap bersama keluarganya di Rawang memberitahu bahawa dia perlu melakukan kelainan bagi mengelakkan pelajar-pelajarnya bosan ketika sesi pengajaran di sekolah.

"Saya anggap pelajar-pelajar saya seperti kawan supaya mereka berasa lebih selesa dengan saya. Perwatakan saya ni kelakar dan Alhamdulillah ramai pelajar menyenangi cara saya.

"Patutlah ada pelajar yang curi-curi rakam saya mengajar ketika kelas tambahan, dan ada pelajar yang nak minta nasihat daripada saya terutama menjelang peperiksaan dan ia dirakamkan," katanya yang telah menceburi bidang perguruan selama 24 tahun dan menjadi guru di SMK Bandar Baru Sungai Buloh selama 22 tahun.



Normalah seorang guru yang kelakar dalam kalangan pelajar-pelajarnya.

Mengimbas kembali video lucu pada 1 Syawal itu, Normalah memberitahu anak keduanya itu terlelap barangkali kekenyangan selepas menikmati juadah hari raya.

"Dia pada awalnya ikut sekali dengar saya dan adik-beradik termasuk ibu mentua berbual. Tapi lama-kelamaan topik yang dibualkan mungkin tak sesuai dengan usia dia sampai tertidur.

"Lama juga dia tertidur kat ruang tamu tu, kira-kira sejam. Tapi saya bukan 'makcik bawang' ya. Kebetulan, topik ketika video dirakamkan tentang kemalangan dan saya bercerita pengalaman yang sama sekadar perkongsian. Bukan gossip ya!" ujarnya secara berseloroh.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Klik

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Artikel Lain