suria

Rider buat hal bangga tayang rokok seludup dalam box, geng lain bengang - “Sebab dia semua orang dapat susah”

Video yang tular itu menerima kecaman hebat netizen.

GARA-gara nila setitik, rosak susu sebelanga.

Ungkapan itu tepat menggambarkan tindakan seorang rider syarikat perkhidmatan penghantaran makanan yang membawa muatan beberapa katon rokok seludup di dalam kotak yang sepatutnya digunakan untuk menyimpan makanan yang dipesan pelanggan.

Video berdurasi 12 saat yang tular di Facebook itu menunjukkan rider tersebut tanpa rasa bersalah menjalankan operasi penjualan rokok ketika fasa kedua Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

ARTIKEL BERKAITAN: Pandai order, aniaya orang pun pandai! Rider kena game... terpinga-pinga tengah panas cari rumah ‘ghaib’ pelanggan

ARTIKEL BERKAITAN: Order topeng muka 3 ply, dapat mask 'beg kenduri' - “Tengok je saya tak tahu nak sedih ke gelak... kreatif sungguh”

"Sekotak RM95... RM95," katanya dalam video tersebut.

Tindakan lelaki tersebut bagaimanapun dikecam netizen kerana memberi kesan kepada rider lain.

"Disebabkan hampa, habis susah orang lain cari rezeki," kata Hairil.

Beg yang digunakan untuk menghantar makanan itu dipenuhi muatan rokok seludup.

"Patutlah roadblock tadi kena check bag," kata Haizmeer.

"Pihak berkuasa dah beri kemudahan, janganlah pula mengambil kesempatan dengan melakukan perkara-perkara yang tak sepatutnya," kata MSufiKasim.

"Spoil lah mamat ni, member lain cari rezeki halal. Dia pulak buat hal," kata Crylord4.

Dalam pada itu ramai netizen meminta agar syarikat perkhidmatan penghantaran makanan terbabit mengambil tindakan terhadap rider berkenaan.

B**** ini orang tak pasal-pasal hari ni polis check beg. Ingat tak penat ke asal roadblock turun motor kena buka beg.

FAIRUZ

RIDER

"Sebab rider bingai macam inilah rider lain kena. Susah nak cari makan. PDRM dan Foodpanda tolong ban rider anda ni. Buat malu rider lain je yang cari rezeki halal," kata Muhd Izzt.

"Cc @ foodpanda_my dah boleh suspend ni nanti semua rider Foodpanda dicop penyeludup rokok haram... kesian yang lain," kata ZulkNine.

"Hmmm. Dahlah buat benda salah lepas tu rakam upload kat socmed pulak. Cam manalah polis tentera semua tak naik angin. Seolah-olah nak cabar pihak berkuasa pula. Gunakanlah akal yang Tuhan bagi tu sikit," kata CikManis.

Beberapa rider berkongsi pengalaman mereka terpaksa berhenti semasa sekatan jalan raya selepas video itu tular di media sosial.

Menerusi tinjauan Facebook FoodPanda Rider Malaysia beberapa rider mendedahkan mereka terpaksa berhenti dan beg bekas makanan diperiksa ketika sekatan jalan raya sejak video tersebut tular.

"B**** ini orang tak pasal-pasal hari ni polis check beg. Ingat tak penat ke asal roadblock turun motor kena buka beg," kata Fairuz.

"Sekarang ni semua delivery kena tahan. Aduh dahlah nak cepat kejar order. B**** betul yang buat perangai ni. Sebab dia semua orang dapat susah," kata Rocky.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
rider, FoodPanda, rokok seludup, PKP, Covid-19

Artikel Lain