Order topeng muka 3 ply, dapat mask 'beg kenduri' - “Tengok je saya tak tahu nak sedih ke gelak... kreatif sungguh”

Topeng muka beg kenduri yang diterima beberapa rakan Nur Nazuwa.

KESUKARAN mendapatkan topeng muka di pasaran menyebabkan beberapa individu tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan terhadap orang ramai yang benar-benar memerlukannya ketika ini.

Terbaru seorang wanita berkongsi kisah beberapa rakannya termasuk seorang doktor diperdaya scammer menjual topeng muka menerusi satu iklan atas talian di Twitternya.

"Kawan aku order mask dari b****** ni dapat beg kenduri dia letak tisu wei. Semoga keturunan hang susah makan duit haram. Stupid," demikian kata Nur Nazuwa dalam tweetnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Pandai order, aniaya orang pun pandai! Rider kena game... terpinga-pinga tengah panas cari rumah ‘ghaib’ pelanggan

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh gantung kad kesihatan di leher boleh hapus kuman, virus Covid-19 - “Tiada sesiapa kebal... jangan buang duit”

Tweet Nur Nazuwa mengenai perkara itu mendapat 12,900 ulang kicau dan 10,600 tanda suka.

Menurut wanita itu, beberapa rakannya berhasrat untuk membeli topeng muka tersebut kerana percaya dengan iklan asal scammer itu di Facebook.

"Kalau ikut iklan asal memang scammer tu post topeng muka yang tiga ply di FB dua minggu lalu.

Iklan asal topeng muka dijual scammer tersebut dalam talian.

"Sebab itulah beberapa kawan saya nak order. Lagipun mereka dah WhatsApp dan diberitahu memang topeng muka tu tiga ply dan authentic dari kilang," katanya kepada mStar.

Namun wanita berusia 25 tahun itu berkata rakannya terkejut apabila topeng muka yang dijual pada harga RM20 (15 keping) itu tidak seperti dalam iklan asal.

"Bila dapat face mask pada 2 April lalu memang kawan saya terkejut. Dia sedih jugalah sebab dia pun order untuk jiran sekali.

Saya nasihatkan orang ramai supaya beli dari sumber yang kita percaya. Walaupun nilai kerugian RM90, RM120 tu tak banyak tapi dia tak patut ambil kesempatan atas orang lain.

NUR NAZUWA.

"Dia buka je bungkusan tu tengok-tengok face mask beg kenduri. Kiranya beg kenduri tu dia potong dua. Lepas tu lubang pemegang dekat tengah dia masukkan tisu.

"Bila saya tengok face mask tu saya tak tahu nak sedih ke gelak... kreatif sungguh. Macam manalah scammer tu boleh terfikir nak tipu orang sampai macam tu sekali," katanya.

Jelas Nur Nazuwa, dia juga nyaris tertipu sebelum mengubah fikiran untuk membeli topeng muka daripada kenalannya.

"Saya pun nyaris terbeli tapi nasib baik ubah fikiran sebab nampak kawan post dia beli dalam jumlah yang banyak.


Nur Nazuwa turut nyaris tertipu dengan scammer tersebut sebelum membatalkan niat untuk meneruskan pembelian.

"Dia jual satu kotak RM50. Jadi saya pun order satu kotak sebab fikir nak guna setiap hari. Lagipun saya fikir baik beli dengan orang yang saya kenal," katanya.

Dalam pada itu, Nur Nazuwa turut berkongsi paparan skrin mesej scammer tersebut mengenai topeng muka beg kenduri itu.

Menerusi mesej tersebut, scammer tersebut mendakwa timbul salah faham pelanggan ketika tempahan topeng muka itu dilakukan.

"Cik ni salah faham masa order ni. Bukan saya tipu. Saya jual mask tu. Tak pa. Mask tu cik p letak kat masjid. Nanti ada orang yang memerlukan akan pakai.

"Duit saya refund. Bagi masa untuk proses refund 3 hingga 14 hari," demikian menurut mesej itu.

Nur Nazuwa berkata dia berkongsi pengalaman dilalui beberapa rakannya itu kerana tidak mahu lebih ramai tertipu selepas ini.

"Buat masa ini scammer tu tak reply mesej kawan saya sampai sekarang. Jadi tak nak lebih ramai tertipu saya pun buat posting ni.

"Saya nasihatkan orang ramai supaya beli dari sumber yang kita percaya. Walaupun nilai kerugian RM90, RM120 tu tak banyak tapi dia tak patut ambil kesempatan atas orang lain," katanya.

Artikel Berkaitan

Klik

Semuanya di hujung jari anda... bawakan senyuman buat mereka yang kurang bernasib baik, itulah kempen Raya HLB

HONG Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB atau Bank) memperkenalkan kempen 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' sebagai salah satu usaha membantu golongan kurang bernasib baik.

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Artikel Lain