Gadis kongsi detik ngeri lipas mula-mula merayap di tangan, kemudian sembunyi - “Dalam perjalanan ke klinik rasa telinga digerudi”

Syafiqa berkongsi pengalaman telinganya dimasuki lipas selepas seorang doktor membuat posting merawat pesakitnya akibat tragedi sama.

TIDAK dinafikan ramai takut dan geli dengan lipas!

Nampak saja kelibat serangga berkaki enam itu sudah bikin jiwa tak keruan apatah lagi jika ia masuk ke dalam telinga kita.

Sudah tentu gugur air mata dan meraung ketakutan!

ARTIKEL BERKAITAN: Nampak kelibat lipas, gadis ini hanya mampu fikir ubat gegat - “Sebenarnya dia tahu lipas boleh terbang”

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas kejadian anak tak balik 2 hari diserang lipas terbang, ibunya kini lebih aman di tandas - “Tak peduli langsung ibu tengah buang air”

Menerusi satu tweet seorang gadis di Twitter, dia mendedahkan pengalaman ngeri apabila serangga itu masuk ke dalam telinganya kira-kira 17 tahun lalu.

“Pernah jadi kat diri sendiri… masa tu baru darjah 5. Rasa macam ada benda kat tangan, kibas-kibas rupanya lipas, berlari dia masuk dalam telinga. Subuh macam tu mak bawa pergi klinik, nasib baik ada klinik 24 jam time tu. Ngeri oi dengar dia korek-korek dalam telinga tu,” tulis gadis tersebut.

Pendedahan itu dibuat sebagai respons kepada perkongsian seorang doktor merawat pesakitnya yang mengalami pendarahan di dalam telinga selepas dimasuki lipas.

Netizen turut berkongsi pengalaman sama pernah dilalui rakan kepada ibunya.

Perkongsian doktor tersebut menjadi tular sehingga meraih 27,500 ulang kicau dan 24,100 tanda suka.

Berkongsi cerita dengan mStar, gadis yang mahu dikenali sebagai Syafiqa itu berkata kejadian ketika dia berusia 11 tahun lalu itu merupakan pengalaman ngeri bagi dirinya.

“Masa tu saya saya bangun pagi nak pergi mandi. Bila nak masuk toilet saya perasan macam ada benda merayap kat tangan.

“Saya pun kibas-kibas. Masa tu tengah mamai, tiba-tiba tengok lipas besar tu lari masuk dalam telinga.

Tapi sepanjang perjalanan nak ke klinik tu terasalah macam ada benda gerudi telinga… memang geli dan sakit sangat.

SYAFIQA.

“Saya tak nak kejutkan mak, jadi saya pun cuba cungkil guna putik kapas. Tapi rupa-rupanya lipas tu masuk makin dalam,” katanya.

Disebabkan gagal mengeluarkan lipas tersebut, Syafiqa berkata dia terpaksa mengejutkan ibunya sebelum dibawa ke klinik berhampiran rumah mereka di Sentul, Kuala Lumpur.

“Nak tak nak saya terpaksa kejutkan ibu saya. Memandangkan ayah saya tak ada, jadi ibu pun call atok saya untuk bawa saya pergi klinik.

“Waktu tu saya takut sangat-sangat sebab tiba-tiba fikir macam mana kalau lipas tu masuk ke otak. Masa tu budak-budak jadi tak boleh fikir lagi.

Syafiqa ketika berusia 11 tahun.

“Tapi sepanjang perjalanan nak ke klinik tu terasalah macam ada benda gerudi telinga… memang geli dan sakit sangat,” katanya.

Sebaik tiba di klinik, gadis berusia 28 tahun itu diarahkan doktor untuk baring mengiring bagi memulakan proses rawatan.

“Doktor sembur air dalam telinga. Lepas tu doktor terpaksa korek guna gunting sebab lipas tu dah jauh masuk ke dalam.

“Lipas tu dah mati sebenarnya. Bila doktor korek tu rasa sakit, nyilu dan geli. Telinga OK berdarah. Last-last keluar juga lipas tu. Mula-mula doktor tarik kaki, lepas tu barulah badan lipas tu,” katanya.

Perkongsian tersebut turut menarik perhatian netizen sehingga ada yang mencadangkan agar tidur menggunakan fon telinga untuk mengelak telinga dimasuki lipas.

“Sebab tulah aku tidur sumbat earphone walaupun tak ada lagu. Sebab nilah. Aku dah kena dulu semut masuk telinga. Menangis. Dia tak nak keluar juga. Last-last aku masukkan air dalam telinga biar dia lemas,” kata Angela.

“Nampaknya kena sumbat earphonelah ni sebelum tidur,” kata Fitri Natasha.

lipas, telinga, pengalaman

Artikel Berkaitan

Klik

Semuanya di hujung jari anda... bawakan senyuman buat mereka yang kurang bernasib baik, itulah kempen Raya HLB

HONG Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB atau Bank) memperkenalkan kempen 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' sebagai salah satu usaha membantu golongan kurang bernasib baik.

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Artikel Lain