suria

“Lain macam gurau dengan baby” - Dua beradik bertukang ‘jaga’ anak saudara... adik ketuk mata, abang gergaji paha

Gelagat dua budak lelaki yang sedang bermain dengan seorang bayi menghiburkan netizen.

BERGELAR ibu dan suri rumah, pastinya pelbagai tugas harian yang perlu dilakukan termasuklah memasak, mengemas rumah dan menggosok baju.

Apatah lagi jika suami tiada di rumah, sudah tentunya abang atau kakaklah yang diharapkan dapat membantu mengambil alih tugas untuk menjaga adik yang lebih kecil sementara kerja-kerja itu disiapkan.

Bagaimanapun, lain pula jadinya apabila seorang bayi yang ditinggalkan ibunya buat seketika menjadi 'mangsa' kepada dua budak lelaki.

Menerusi satu posting video yang tular, salah seorang budak lelaki tersebut dengan selamba mengetuk kepala dan mata adiknya dengan tukul mainan, manakala seorang lagi menggunakan gergaji mainan kononnya memotong paha bayi berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Berdengung! Pelajar Form 1 alami pengalaman ‘ngeri’ masuk kawasan geng Alisa - “Saya tak kenal siapa dia”

ARTIKEL BERKAITAN: Meragam tak nampak ibu, bapa ‘kurung’ baby dalam almari... reaksi si kecil selepas kejadian sangat tak disangka!

Bercerita kepada mStar, bapa kepada bayi tersebut, Suhaimy Harun, 26 memberitahu 'adegan' itu berlaku ketika isterinya, Allysha Fallina, 23, meninggalkan mereka seketika untuk pergi ke tandas.

Bayi dalam video itu, Muhammad Ammar Mirza yang baru mencecah usia lima bulan merupakan anak sulung pasangan itu manakala dua orang kanak-kanak lelaki itu, Putera Aariz, 4 dan Izwafi Hanif, 9, adalah bapa saudara kepada si comel itu.

Suhaimy bersama Ammar yang berusia lima bulan.

"Putera dan Wafiy selalu jalan kaki datang rumah kami untuk bemain dengan Ammar, rumah ibu bapa mereka dekat je dengan rumah kami.

"Ketika isteri saya sedang mandi, dia ada pesan kepada dua orang budak ni untuk jaga, tapi lain macam cara gurau dengan baby sampai guna gergaji," ujar Suhaimy sambil ketawa apabila mengimbau gelagat dua kanak-kanak tersebut.

Menerusi video itu gelagat Putera Aariz nyata mencuri perhatian apabila menggunakan tangannya sebagai 'alas' ketika dia mengetuk perlahan bahagian kepala dan mata Ammar.

Abangnya pula 'memotong' paha Ammar dengan gergaji sambil berkata "jangan bergerak, jangan bergerak."

Anak saya ni memang jarang menangis. Memang susah kalau nak dengar dia menangis secara tiba-tiba.

SUHAIMY HARUN

Suhaimy, yang menjalankan perniagaan dalam talian dan juga merupakan seorang influencer berkata anaknya itu seolah-olah pasrah dengan perbuatan dua bapa saudaranya.

"Ammar tak menangis pun masa tu, memang mereka selalu bergurau macam tu dengan Ammar.

"Anak saya ni memang jarang menangis. Memang susah kalau nak dengar dia menangis secara tiba-tiba.

Ammar dijaga oleh ibunya, Allysha Fallina yang merupakan seorang suri rumah.

"Kalau dia menangis pun masa nak makan atau sebab dia mengantuk," ujarnya yang mempunyai lebih daripada 50,000 pengikut di laman Twitter.

Perkongsian itu yang sehingga kini mendapat 255,000 tontonan dan 30,800 retweet (ulang kicau) ternyata menghiburkan netizen.

"Jawngan bewgewak, jawngan bewgewak," ajuk seorang netizen di Twitter.

"Comelnya pukul kepala tapi lapik dengan tangan sendiri!" tambah netizen lain.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
gergaji, lucu, bayi, tukul

Artikel Lain