suria

Berdengung! Pelajar Form 1 alami pengalaman ‘ngeri’ masuk kawasan geng Alisa - “Saya tak kenal siapa dia”

Pelajar tingkatan satu ini terkejut selepas mendengar jeritan 'Alisa' dan reaksinya membuatkan ramai yang terhibur.

BAGI golongan pelajar, tentunya sesi awal persekolahan sangat ditunggu-tunggu kerana pelbagai aktiviti dijalankan pada masa itu seperti merentas desa, pemilihan atlet mewakili sekolah dan acara sukan tahunan.

Sudah pasti akan ada 1001 kenangan yang tidak dapat dilupakan semasa acara-acara tersebut berlangsung.

Dalam satu video yang tular, kedengaran suara seorang pelajar perempuan menjerit sekuat hati di tepi padang bagi memberi sokongan kepada rakan-rakannya yang sedang mengambil bahagian dalam acara lari berganti-ganti ketika hari sukan sekolah.

"Nuha laju, Nuha laju, go Alisa... Alisa!" jerit pelajar perempuan berkenaan. 

ARTIKEL BERKAITAN: Rider basah kuyup luar rumah pelanggan, ramai ‘panas hati’ sampai ada yang menangis – “Dah order tu standby lah siap-siap!”

ARTIKEL BERKAITAN: Atlet sekolah 'seram' diganggu peminat misteri... siap ajak check-in hotel mewah, nak hire bodyguard elak kena tangkap - “Jangan risau la I tak santau...”

Posting yang dibuat oleh seorang pengguna Twitter, Muhamad Hariz Kamarudin, 15, itu sehingga kini mendapat lebih dari 450,000 tontonan dan 36,400 retweet (ulang kicau) gara-gara reaksi terkejut seorang pelajar lelaki mendengar jeritan tersebut, yang muncul secara tiba-tiba dalam kelompok pelajar perempuan yang sedang memberi sokongan.

Muhamad Hariz ketika dihubungi mStar memberitahu, video berdurasi 15 saat itu adalah milik rakan perempuannya yang dimuat naik di Instagram Story.

Menurut Muhamad Hariz, ia merupakan rakaman insiden yang berlaku ketika hari sukan di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor pada Jumaat lepas.

Hariz tidak menyangka perkongsiannya di Twitter mendapat perhatian netizen.

"Masa tu hari sukan sekolah, acara 4x100, kawan saya jerit nama Alisa sebab dia orang terakhir yang akan lari ke garisan penamat.

"Kawasan tu pula memang khas untuk pelajar perempuan, tak tahu pula macam mana budak lelaki tingkatan satu yang dalam video tu boleh masuk, saya pun tak kenal siapa dia.

"Saya tengok pun kelakar... lepas tu saya screen record untuk muat naik di Twitter," katanya sambil ketawa mengimbas wajah terkejut pelajar lelaki berkenaan.

Dalam video itu, pelajar tingkatan satu yang memakai baju berwarna merah berkenaan kelihatan terkejut sambil menutup telinganya selepas terdengar suara jeritan bingit daripada rakan Alisa.

Walaupun wajahnya seakan-akan marah, namun dia dilihat tidak berkata apa-apa terhadap pelajar perempuan itu.

Kawasan tu pula memang khas untuk pelajar perempuan, tak tahu pula macam mana budak lelaki tingkatan satu yang dalam video tu boleh masuk, saya pun tak kenal siapa dia

MUHAMAD HARIZ

Mengulas lebih lanjut mengenai Nur Alisa Nabila Zulkeflee, 15, Hariz memberitahu rakannya itu merupakan seorang pelajar yang aktif dalam menyertai pelbagai acara sukan.

"Alisa dan pasukan dia dapat pingat emas acara 4x100 tu. Selain itu, dia juga ada menang pingat gangsa dalam acara lompat jauh.

"Alisa wakil rumah Kuning, tapi yang menjadi juara keseluruhan ialah rumah Merah," ujarnya yang mengenali Alisa sebagai seorang pengawas di sekolah.

Alisa (kiri) bersama rakan sepasukannya menunjukkan pingat emas yang dimenangi mereka dalam acara 4x100.

Posting tersebut mendapat pelbagai reaksi yang menghiburkan daripada netizen dengan ada antara mereka menggunakan wajah pelajar lelaki tersebut sebagai meme.

"Alisa tu kalau tak menang sia-sia jelah telinga adik tu berdengung," ujar seorang pengguna Twitter.

"Lepas ni kalau ada acara sukan mesti budak ni tengok dari jauh je," tambah pengguna lain.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
Alisa, jerit, sukan, sekolah, lucu

Artikel Lain