Bapa muda diapit dua anak lelaki pada awal Subuh, hampir setiap pagi... banyak persoalan timbul - “Andai saya boleh putar kembali masa” - Viral | mStar

Bapa muda diapit dua anak lelaki pada awal Subuh, hampir setiap pagi... banyak persoalan timbul - “Andai saya boleh putar kembali masa”

Kisah seorang bapa muda yang sering dilihat membawa dua anaknya menunaikan solat Subuh berjemaah di masjid mengundang rasa kagum netizen. Foto: Facebook

PERIBAHASA Melayu ada menyatakan, melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Ia membawa maksud, dalam mendidik anak-anak, ia harus dimulakan sejak usia mereka kecil.

Peribahasa tersebut sangat sesuai menggambarkan situasi sebagaimana yang dikongsikan seorang pelayar Facebook ini.

ARTIKEL BERKAITAN: “Bila dah berjaya nanti, jangan lupa bawa mak ayah jumpa pakcik ya” – Mufti sebak bertentang mata dengan murid pimpin ibu bapa buta

ARTIKEL BERKAITAN: Tunjuk sijil dekan tapi reaksi bapa ‘tak berapa best’, netizen pula sinis... mujur abang dan kakak pecah rahsia- “Rasa terharu dan nak menangis”

Menerusi perkongsian pelayar bernama Mona yang disiarkan di Facebook Penangkini, kelihatan seorang bapa muda diapit dua anak lelaki kecilnya menunaikan solat Subuh berjemaah di sebuah masjid di Shah Alam, Selangor.

Menurut pelayar tersebut, hampir setiap pagi bapa muda itu membawa kedua-dua anak lelakinya berjemaah di masjid berkenaan.

Tulis pelayar tersebut, dia berasa kagum bagaimana seorang bapa muda mendisiplinkan anak kecilnya untuk bangun pagi dan mendidik mereka untuk sama-sama menunaikan solat Subuh berjemaah di masjid.

Perkongsian seorang pelayar Facebook mengenai kisah seorang bapa bersama dua anak kecil menunaikan solat Subuh di masjid, menjadi tular di media sosial.

“Hampir setiap awal pagi, pasti kelihatan bapa muda ini, diapit oleh dua anak lelaki kecilnya bersolat subuh di Masjid Al Ikhlas, Seksyen 13, Shah Alam.

“Saya sangat terpesona. Betapa seorang ayah yang masih muda, berupaya dan berusaha bangun awal pagi setiap hari dan menjadikan solat Subuh di masjid amalan rutinnya.

“Saya bertambah kagum, bagaimana dia berupaya membangunkan dan membawa dua anak lelaki yang masih kecil yang sepatutnya sedang enak lena untuk ikut bersolat bersamanya,” tulisnya pada perkongsian berkenaan.

Saya sangat terpesona. Betapa seorang ayah yang masih muda, berupaya dan berusaha bangun awal pagi setiap hari dan menjadikan solat Subuh di masjid amalan rutinnya.

MONA

PELAYAR FACEBOOK

Tulis pelayar itu lagi, apa yang menambah hormatnya kepada si bapa muda itu lagi adalah pendekatannya mendidik kedua-dua anak kecilnya untuk duduk penuh beradab di sisi bapanya tanpa sibuk berkeliaran di sekitar masjid.

“Mengikut kata encik suami yang juga sering memerhati, setiap kali seusai solat, dia pasti menadah tangan kepada Yang Maha Esa. Berdoa panjang sekali dan anak-anaknya tetap duduk baik-baik di sebelahnya, menanti.

“Paling saya suka adalah melihat mereka berdua si kecil comel bersongkok dan berkopiah setiap kali tanpa lupa.

Amalan solat berjemaah wajar dipupuk dalam diri anak-anak sejak dari kecil. Gambar sekadar hiasan.

“Andai saya boleh memutar kembali masa, ingin sekali saya melakukan sepertinya. Mendidik anak mengenal rumah Allah. Semoga Allah merahmati kehidupan kalian sekeluarga,” tulisnya lagi.

Posting tersebut sehingga kini meraih 658 perkongsian dan dibanjiri ratusan komen netizen yang rata-ratanya melahirkan rasa kagum dengan bapa muda berkenaan.

“Tahniah ayah muda yang hebat dah tunjuk contoh baik-baik. Mesti esok anak-anak lelaki dia akan rajin ke masjid dan akan buat benda yang sama dekat anak-anak mereka,” tulis Elia Izham.

Antara komen netizen yang melahirkan kekaguman dengan bapa muda berkenaan.

“Ya Allah… bertuah kamu wahai anak punya ayah yang menjalankan amanah Allah sebaiknya,” komen Sah Abdullah pula.

“Alhamdulilah. Terasa sebak bila baca status ni... sampai ke dalam jiwa kasih sayangnya,” tulis Zarin Shahfezee pula.

jemaah , Subuh , bapa , solat , disiplin

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain