suria

“Dia cucuh puntung rokok dekat mata bapak aku, nasib baik sempat pejam” - Dah ramai kena 'pow' duit.... dan akhirnya Fatihah ke Tanjung Rambutan!

Raja Nurul Akmal mendakwa wanita bernama Fatihah (kiri) yang dikatakan mengalami masalah mental bertindak agresif apabila menekap puntung rokok ke bahagian mata bapanya (kanan). Foto: FB Raja Nurul Akmal

“DULU dengar cerita daripada orang.... sekarang terkena dekat parents sendiri”

Demikian perkongsian seorang wanita mengenai kejadian yang menimpa bapanya, gara-gara 'diserang' seorang individu yang didakwa mengalami masalah mental.

Menerusi perkongsian Raja Nurul Akmal di Facebook miliknya, kejadian berlaku pada pagi Sabtu, ketika kedua ibu bapanya keluar ke Manjoi, Ipoh untuk membeli barang di sebuah pasaraya di pekan berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya pernah lihat dia pandu kereta” - Siang makcik jual tisu di Tesco, berlakon jadi orang susah... malam pergi karaoke!

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita kena scam dengan budak lelaki di KLCC, duit RM67 ‘hangus’ – “Dia cakap anak tunggal, mak ayah dah bercerai”

Ketika itu, bapanya didatangi oleh seorang wanita yang meminta wang.

“Abah keluarkan duit daripada poket... perempuan ni cuba rampas semua duit yang ada di tangan abah. Abah sempat bagi dia RM2.

“Mak ternampak dan mak jerkah dia 'pasal apa ni?'. Terus perempuan itu blah,” tulisnya pada perkongsian tersebut.

Posting yang dikongsikan seorang wanita mengenai kisah bapanya 'diserang' individu didakwa mengalami masalah mental.

Tambah Raja Nurul Akmal, 'serangan' terhadap bapanya tidak terhenti di situ, apabila wanita yang sama sekali lagi menghampiri bapanya, namun kali ini dia bersikap lebih agresif.

“Masa abah nak pergi dekat kereta, perempuan ni lagi sekali datang ganggu. Korang nak tahu apa dia buat? Dia cucuh puntung rokok dekat mata bapak aku. Nasib baik abah sempat pejam. Kalau tepat dalam bijik mata?” luahnya dalam nada geram.

Ujarnya, dia bimbang perkara yang tidak diingini berlaku memandangkan sudah banyak mendengar cerita mengenai sikap agresif wanita tersebut yang sering meminta wang daripada orang ramai di sekitar pekan Manjoi.

Wanita yang dikenali sebagai Fatihah didakwa sering merayau di pekan Manjoi dan meminta duit daripada orang awam.

“Bukan apa, dah sampai mencederakan orang. Jadi minta tolong sangat-sangat kepada pihak berwajb dan pihak yang bertanggungjawab,” tulisnya.

Perkongsian tersebut sehingga kini meraih 7,400 share dan dihujani ratusan komen netizen.

Ada di antara mereka mendedahkan wanita tersebut yang dikenali sebagai Fatihah, mengalami masalah mental gara-gara tekanan yang dialami selepas bercerai.

Masa abah nak pergi dekat kereta, perempuan ni lagi sekali datang ganggu. Korang nak tahu apa dia buat? Dia cucuh puntung rokok dekat mata bapak aku. Nasib baik abah sempat pejam.

RAJA NURUL AKMAL

ANAK

“Ada dengar cerita dia dah bercerai dan suami dia ambik anak dia tak bagi dia jenguk dan pelihara. Ada kata dia meroyan lepas bersalin. Ada dengar jugak dia kena buatan orang,” komen seorang netizen.

Namun ada mendakwa wanita tersebut berubah 'kurang siuman' gara-gara mengambil bahan terlarang.

“Dulu depa (mereka) kata dia cun, cantik dan seorang staf salon. Memang ramai orang mengorat. Tapi salah pilih jalan... pengakhiran hidup kita tak tahu lagi kan,” komen netizen yang lain.

Antara komen netizen terhadap perkongsian Raja Nurul Akmal.

Bagaimanapun menerusi posting terbaharu oleh Raja Nurul Akmal, dia mengatakan wanita tersebut kini sudah ditahan dan dibawa ke Hospital Tanjung Rambutan untuk menerima rawatan.

“Alhamdulillah. Semoga kebajikan dia terjaga di sana.. Takdalah membahayakan orang sekeliling,” tulis seorang netizen.

“Elok lah macam tu. Kalau dibiarkan tak tahu lah apa akan jadi,” komen netizen yang lain pula.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain