suria

Melampau! Vida kesal tindakan Azwan Ali bakar perfume, hina arwah anak - “Nak bayar gapo? Dia sebenarnya tetamu tak diundang”

Vida terkilan dengan tindakan Azwan Ali yang dianggap agak keterlaluan.

USAHAWAN kosmetik, Datuk Seri Vida meluahkan rasa terkilan dengan tindakan pengacara Azwan Ali yang membakar minyak wangi pemberiannya.

Malah Vida atau nama sebenarnya, Hasmiza Othman menyifatkan perbuatan tersebut yang dilakukan di sebuah rumah terbakar sebagai satu penghinaan terhadap dua arwah anaknya yang meninggal dunia dalam tragedi kebakaran kira-kira tujuh tahun lalu.

"Bila tengok video tu terkejutlah saya. Saya diam je mula-mula tapi lagi banyak tubik (keluar). Dia up video kat Twitter dia.

ARTIKEL BERKAITAN: Dua Anak Pengasas Vida Beauty Maut Dalam Kebakaran, Jenazah Selamat Dikebumi

ARTIKEL BERKAITAN: Vida tinggalkan peti duit untuk 2 anak, “RM500 atau RM5 mereka hargai”

"Bagi saya cara dia tu satu penghinaan. Dia pergi bakar perfume pemberian saya dekat rumah terbakar. Dia letak tudung dan perfume saya dekat situ.

"Memang terasalah. Perasaan saya Allahuakbar! Buat apa mu nak kait-kaitkan dengan anak aku. Mereka tak salah.

Video tindakan Azwan Ali membakar minyak wangi pemberian Vida dimuatnaik di Twitternya.

"Bukan cara gitu mu boleh dapat bayaran RM10,000... RM5,000. Kalau token nak bagi dua tiga ratus je pun. Kita kalau nak bagi RM300 karang kau kata aku bagi ciput macam bayaran dia dapat masa event di Singapore dulu," katanya kepada mStar.

Pada masa sama Vida berkata tindakan Azwan amat melampau dan tidak boleh dimaafkan.

"Cara dia saya tak boleh maafkan. Itu satu penghinaan yang agak luar biasa. Dia akan guna apa jua cara nak jatuhkan bisnes saya.

"Bukan sebab dia tak dapat dua tiga ratus ringgit tapi sekarang motif sebenar dia nak jatuhkan bisnes saya.

"Betapa hinanya. Dia pergi bakar minyak wangi saya, cakap pasal anak saya. Apa lagi dia nak buat lepas ni," soal Vida.

Vida berkata tiada timbul isu bayaran terhadap kemunculan Azwan dalam satu program anak perempuannya, Cik B Vaganza Food Fest di Johor Baharu, baru-baru ini.

Azwan Ali muncul buat kejutan untuk Kacak semasa program CikB di Shah Alam, Disember lalu.

"Nak bayar kau gapo? Dia kata tak usah kau kata tahu... hulurlah aku dok promote perfume kau. Saya nak hulur apa? Hulur sikit-sikit kang bukan my level.

"Lagi satu saya tak nak cakap tak undang dia. Tapi sebenarnya dia tetamu yang tak diundang. Dia datang atas jemputan Roslan Shah yang beritahu nak buat surprise.

"Di situlah puncanya. Saya sendiri pun terkejut bila tengok dia ada di JB. Dia kata nak berniaga. Punya susah event manager saya nak sediakan booth dia tapi tengok-tengok dia tutup kedai awal," katanya.

Cara dia saya tak boleh maafkan. Itu satu penghinaan yang agak luar biasa. Dia akan guna apa jua cara nak jatuhkan bisnes saya.

DATUK SERI VIDA.

Usahawan kosmetik.

Jelas Vida lagi, dia pernah menghubungi Azwan bertanya sama ada dia ada masa untuk hadir buat kejutan untuk anak lelakinya, Kacak dalam satu program di Shah Alam, Disember lalu.

"Masa kat Shah Alam memang saya ada call minta dia datang sebab nak buat surprise untuk Kacak sebab Kacak minat dia.

Kacak menenangkan ibunya yang bersedih dengan tindakan Azwan Ali.

"Tapi buat surprise tu pun saya cakap tak ada buat bayaran ke apa. Saya bagilah dia perfume saya dan tudung sebagai token.

"Dia pun suka terima. Siap pakai dan promote minyak wangi saya ke hulu ke hilir. Tapi saya terkilan bila lain pulak yang jadi," katanya.

Vida turut memuat naik luahan perasaannya berhubung tindakan Azwan di Instagramnya.

Rata-rata netizen mengutuk perbuatan tersebut dan meminta agar Vida banyak bersabar.

"Sabar DS. Allah menduga. Hiraukan sahaja. Bertabah," kata Rasadibaradzi.

"Allahuakbar... Dah kenapa perangai teruk sangat dia tu... sampai arwah anak dikaitkan," kata Elaine.

View this post on Instagram

SY TAK TAHU MENAHU MCM MANA ARRANGEMENT KATANYA SURPRISE dia dtg Ingatkn caKAP2 mcm retis lain Promo naik pentas . Smpai bakar2 perfume sy.. Shawl yg diberi Sampai SUMPAH SERANAH Berkali kali.. Nasib baik @kacak_._ cuba tenangkan sy Ya Allah.. kuatkanlah semangatku Tak kuat bila hina2 arwah anak saya Bila tenGok api Bakar perfume pula kat rumah terbakar.. kawasan sampah.. hinanya Perfume tu ??? @perfumedsv_hq . . Saya habis berjuta.. demi buat yg berkualiti UNTUK SEMUA ORANG MERASA... .Tapi dia.BUAT SEOLAH TAKDE NILAI . Di saat banyak permintaan banyak N sy panggil iqbal @ahmadiqbalzulkefli Supaya kedepankan lg.. @perfumedsv_hq Takpe.. saya yakin.. syg semua bagi sokongan . SUPPORT SAYA YE ??❤️ @perfumedsv_hq

A post shared by Dato' Seri Dr. Hajah Vida (@datoserivida) on

Ada cerita menarik mahu dikongsi? E-mel kepada kami di mstar@thestar.com.my

Artikel Berkaitan

Artikel Lain