suria

“Taktik halus tuu… cucuk pelan-pelan” – Bukan Liverpool! Tunku Azizah kirim jersi pasukan lain kepada mufti WP, ramai harap Zulkifli tak berpaling tadah

Perkongsian Mufti Wilayah mengenai derma kurnia yang diterima daripada Tunku Azizah mengundang usikan netizen.

SELEPAS menerima kurnia daripada Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berupa jersi Harimau Malaya dan JDT tidak lama dahulu, terbaharu Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri sekali lagi menerima jersi.

Menerusi laman Twitter rasminya @drzul_albakri, Zulkifli turut memuat naik gambar menunjukkan beliau menerima tiga jersi yang tertera namanya dan nombor 11, iaitu nombor kesukaan beliau.

ARTIKEL BERKAITAN: “Mainlah seperti Liverpool” - Apabila tiba-tiba mufti WP ‘sekolahkan’ Arsenal... terus jadi viral!

ARTIKEL BERKAITAN: Terkejut dapat jersi Liverpool, ramai terhibur mufti sopan je ‘melobi’ baju pasukan lain ketika ditanya Raja Permaisuri Agong

“Setiba di rumah, terlihat bungkusan daripada Istana Negara. Bila dibuka, rupa-rupanya bungkusan itu adalah tiga jersi dengan nama saya dan nombor kegemaran saya.

“Tidak lain tidak bukan, sudah pasti ianya derma kurnia KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong,” tulis beliau  sambil menjunjung kasih kepada Tunku Azizah di atas derma kurnia itu.

Perkongsian Dr Zulkifli mengenai derma kurnia yang diterima daripada Tunku Azizah.

Bagaimananapun, ia bukanlah jersi daripada pasukan yang diminatinya, Liverpool, sebaliknya jersi pasukan Chelsea.

Perkongsian tersebut sekaligus mengundang usikan netizen kerana rata-ratanya mengetahui mufti WP adalah salah seorang peminat pasukan The Reds itu.

Ada di antara mereka yang mengusik dengan mengatakan pemberian jersi tersebut umpama taktik ‘halus’ agar mufti itu ‘beralih arah’.

Dr Zulkifli menjunjung kasih sebagai tanda penghargaan di atas derma kurnia Tunku Azizah.

“Taktik halus suruh support Chelsea tu. Cucuk pelan-pelan,” komen seorang netizen.

“Harap Dr istiqomah dengan Liverpool,” komen netizen yang lain pula.

Bagaimanapun tidak kurang juga ada yang mengusik dengan menyatakan kesediaan untuk menerima jersi Chelsea tersebut sekiranya beliau tidak meminati pasukan tersebut.

“Kalau Datuk Seri tak minat Chelsea, tangan saya terbuka menerima,” komen seorang pelayar.

Komen netizen yang 'mengusik' Dr Zulkifli. 

Sehingga kini perkongsian Zulkifli meraih 1,200 retweet dan 5,700 like.

Zulkifli sebelum ini sering kali membuat perkongsian di laman sosial yang memuji kehebatan pemain dan pasukan The Reds.

Perkongsian berkenaan mengundang perhatian Tunku Azizah yang kemudian menyatakan hasrat untuk menghadiahkan jersi pasukan yang diminatinya.

Menghargai hasrat Tunku Azizah, Zulkifli menyatakan minatnya terhadap pasukan Liverpool dan Brazil namun tidak menolak pemberian jersi pasukan lain.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain