Pelajar MCKK cool je, tak kisah wajah disamakan dengan putera raja - “Mereka pun macam wow!” - Viral | mStar

Pelajar MCKK cool je, tak kisah wajah disamakan dengan putera raja - “Mereka pun macam wow!”

Sharafuddin menjadi perhatian netizen selepas wajahnya disamakan dengan Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah.

KATA orang tua-tua, ada tujuh individu yang memiliki wajah seiras atau sama dengan kita di dunia ini!

Namun sejauh mana kebenarannya, tiada siapa yang tahu.

Di Twitter misalnya, seorang pelajar mencuri perhatian ramai apabila wajahnya disamakan dengan anakanda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah iaitu Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kau adalah darahku...” - Raja Permaisuri Agong dedikasikan lagu Andra & The Backbone buat anakanda tercinta

ARTIKEL BERKAITAN: Rakan kata seiras, tuan punya badan puas tenung tapi tak nampak persamaan... gadis cari bro bertopi keledar - “Aku nak jumpa kembar aku”

Menurut Sharafuddin Kaus Abdul Aziz, 17, bukan sekali atau dua kali, malah sudah banyak kali dia ditegur mengenai persamaan itu.

"Dulu ada je orang cakap. Tapi, saya pun tak tahu kenapa. Sekarang makin ramai yang kata wajah kami sama.

"Dan saya masih tak tahu kenapa, saya pun tak tahu nak bagi reaksi macam mana. Nak cakap apa pun tak tahu. Gembira je," ujar penuntut Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) itu kepada mStar.


Sharafuddin tidak kisah wajahnya disamakan dengan putera raja.

Mesra disapa Sharafuddin, dia tidak rimas meskipun sering disamakan dengan kerabat diraja itu.

Malah, dia sekadar menerima pujian itu dengan hati terbuka memandangkan setiap individu mempunyai pandangan masing-masing.

"Saya macam tak kisah sangat. Sebab semua orang ada pandangan mereka.

Mereka pun macam wow! Orang samakan saya dengan tengku.

SHARAFUDDIN KAUS ABDUL AZIZ

PELAJAR MCKK

"Pada saya, tentunya disamakan dengan putera raja merupakan satu pujian. Saya OK je. Ibu bapa saya pun tahu.

"Mereka pun macam wow! Orang samakan saya dengan tengku," ujar anak kelahiran Kuala Lumpur itu.

Bercerita mengenai dirinya, Sharafuddin aktif melibatkan diri dalam sukan hoki di sekolah.

Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah.

Malah, dia juga merupakan penolong ketua pengawas di institusi pendidikan popular itu.

"Sekolah menjadikan siapa saya pada hari ini. Ia membuka banyak peluang untuk saya.

"Saya banyak terhutang budi dengan sekolah dan rakan-rakan. Tanpa sokongan mereka, apa yang saya ada sekarang hanyalah sekadar mimpi," ujarnya lagi.

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain