suria

“Kau adalah darahku...” - Raja Permaisuri Agong dedikasikan lagu Andra & The Backbone buat anakanda tercinta

Foto yang dimuat naik baginda menerusi laman Twitter pada Isnin.

KASIH sayang seorang ibu terhadap anak-anak tidak akan putus dan akan mengalir sampai bila-bila.

Begitu juga dengan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang dilihat begitu rapat dengan kesemua anakandanya.

Posting terbaharu baginda di Twitter pada Isnin sekali lagi membuktikan hal itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Rakyat tumpang gembira Raja Permaisuri Agong umum Tengku Hassanal pulang 10 hari lagi - “Patik rasa ramai tunggu dekat airport ni”

ARTIKEL BERKAITAN: “Bukan juling air tapi juling teruk” - Tunku Azizah kongsi masalah mata ‘turun’ kepada Puteri Afzan, pakai spek sejak 3 tahun

"Kau adalah darahku, kau adalah jantungku... Kau adalah hidupku, lengkapi diriku... Oh sayang sayangku... Kau semua begitu sempurna... Ahamdulillah!!!" demikian tulis baginda di ruangan kapsyen.

Jika diaamati, kapsyen berkenaan merupakan bait-bait lirik lagu Sempurna yang didendangkan band dari Indonesia, Andra & the Backbone.

Posting Tunku Azizah di Twitter.

Menerusi posting itu, baginda memuat naik dua foto yang digabungkan, memaparkan anak-anaknya.

Sehingga kini, posting berkenaan menerima lebih 1,200 ulang kicau (Retweet) dan lebih 10,000 tanda suka.

Dalam pada itu, rata-rata netizen turut menghujani posting berkenaan dengan pelbagai komen.

Tunku Azizah bersama Tengku Hassanal.

Selain memuji keakaraban Tunku Azizah dengan anakandanya, tidak kurang juga yang menzahirkan rasa kagum atas kasih sayang baginda yang tidak berbelah bahagi.

"Seronok tengok family tuanku. Tak sah tengok gambar-gambar tuanku tweet tak senyum sorang. Semoga dalam rahmat kasih sayang sentiasa.

"Luahan yang amat merindui anak dan sayangkan anak-anak. Dari tuanku.

Antara foto yang dikongsi di laman sosial milik baginda.

"Wah. Tuanku pun menyanyikan lagu ni.. Hihi comelnya," tulis beberapa netizen.

Untuk rekod, hasil perkongsian hidup Tunku Azizah dengan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, mereka dikurniakan empat orang putera dan lima puteri iaitu Tengku Amir Nasser; Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah; Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah; Tengku Ahmad Ismail Muadzam Shah; Tengku Puteri Ilyana; Tengku Puteri Iman Afzan; Tengku Puteri Ilisha Ameera; Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah dan Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain