suria

Pengantin terkilan, penulis buku popular selamba je cedok gambar kahwinnya buat macam content sendiri, siap dapat banyak like!

Izzati dan suaminya, Rauf Husin berkahwin pada November lalu. FOTO: Shevrulfarhan.

DETIK indah sesebuah majlis perkahwinan biasanya akan diabadikan dalam bentuk gambar sebagai kenang-kenangan agar ia boleh ditatap sampai bila-bila.

Namun, lain pula ceritanya dengan pasangan pengantin ini apabila mendakwa foto-foto kahwin mereka dicedok oleh seorang penulis buku terkenal untuk dijadikan sebagai kandungan (content) media sosial.

Pengantin perempuan, Khairu'izzati Taufek Affandi, 25, yang dimaklumkan mengenai hal itu oleh seorang kenalan kemudiannya membuat perkongsian di Twitter, menyelar tindakan individu berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Adegan 4 superhero sekat raja sehari meriahkan majlis kahwin, cuaca baik tapi aura pengantin 'tenggelam'! - “Atas pelamin pun penuh tetamu”

ARTIKEL BERKAITAN: “Bomba tu nak jatuh, disambut pengantin perempuan” - Photoshoot pra-perkahwinan jadi scene filem Spider-Man

Dia yang mesra disapa Izzati turut meluahkan rasa kecewanya dengan tindakan yang dianggap tidak beretika penulis buku itu sewaktu dihubungi mStar pada Rabu.

"Ada kawan saya maklumkan, dia kata nampak gambar kahwin saya di Facebook. Jadi saya terus ke Facebook lelaki itu, saya komen minta dia turunkan gambar tu.

"Sebab saya pun tak masukkan kat mana-mana media sosial lagi selain Twitter. Akhirnya dia padam gambar tu, tapi langsung tak hubungi saya untuk minta maaf.

Foto kahwin Izzati yang dimuatnaik ke Facebook tanpa kebenarannya.

"Nampak benda ni kecil, tapi dia jelas tak hargai hasil kerja orang. Dalam marah saya, mesti jurugambar saya lebih marah. Langsung tak bagi kredit," ujar Izzati.

Menurut Izzati yang baru diijabkabulkan dengan suaminya, Rauf Husin, 30, pada 16 November lalu, dia terkilan dengan tindakan penulis buku itu.

Malah, foto Izzati dan suaminya yang dimuatnaik tanpa kebenaran turut menerima hampir 3,000 tanda suka (like) di laman Facebook penulis buku tersebut.

"Pada mulanya memang agak marah. Rasa terkilan pun ada. Saya tak kisah walaupun 'like' dia banyak.

"Walaupun saya post gambar tu di Twitter, ia bukanlah satu pas kepada dia untuk suka-hati ambil untuk buat sebagai content.

"Kalau dia hubungi terlebih dahulu, saya boleh je bagi kebenaran. Jadi masalah bila dia tak minta izin," ujarnya lagi.

Saya sebagai client pun marah, apatah lagi jurugambar. Mana-mana jurugambar, orang media atau orang seni, mereka pasti faham. Kenalah bagi kredit.

KHAIRU'IZZATI TAUFEK AFFANDI

PENGANTIN PEREMPUAN

Tambah Izzati lagi, individu berkenaan yang memiliki ramai pengikut di media sosial seharusnya lebih peka akan hal berkenaan.

Malah, dia turut menasihati penulis buku itu agar menggunakan platform serta populariti yang dimiliki dengan cara yang betul.

"Sebab dia memang dah terkenal, saya rasa dia patut tunjuk contoh baik, dan mesti ramai lagi akan idolakan dia.

"Saya sebagai client pun marah, apatah lagi jurugambar. Mana-mana jurugambar, orang media atau orang seni, mereka pasti faham.

Izzati dan Rauf dalam potret perkahwinan mereka yang cukup menawan, hasil sentuhan magis jurugambar, Shevrulfarhan.

"Kenalah bagi kredit, sekurang-kurangnya kita boleh memberi semula kepada mereka yang hasilkan sesuatu karya itu," katanya yang menggunakan khidmat jurugambar, Shevrulfarhan sewaktu pernikahannya baru-baru ini.

Mengulas foto perkahwinannya yang kelihatan indah bagai babak dalam filem, Izzati berkata ia dirakam di sebuah kafe di Klang, Selangor.

Ditambah suasana hujan pada waktu itu, sentuhan magis jurugambar berkenaan ternyata membuahkan hasil yang cukup menarik.

Dalam pada itu, posting Izzati yang berkongsi hal itu di Twitter turut menarik perhatian ramai sehingga menerima lebih 3,000 ulang kicau (Retweet).

Malah, ramai yang memberi komen senada dengan Izzati, mengecam tindakan tidak beretika mengambil foto milik orang lain untuk dijadikan sebagai kandungan media sosial sendiri.

"Aku paling tak suka kalau aku sendiri yang tak upload, tiba-tiba orang lain cedok gambar dan buat content sendiri. Busuk betul perangai.

"Tak boleh report ke? Suka hati je," tulis beberapa netizen.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain