suria

Turun 36kg! Gadis ini pernah digelar badak, dugong... tak sangka nak berkawan pun ramai pilih yang slim - “Saya cuba kurangkan nasi, hasilnya agak lambat”

Gadis ini nekad untuk menurunkan berat badan gara-gara sering menjadi mangsa body shaming.

TIADA siapa yang suka apabila rupa paras dan bentuk badan menjadi bahan ejekan.

Namun itulah yang dilalui seorang gadis apabila menjadi mangsa body shaming, sehingga membuatkan dia tekad untuk menurunkan berat badan.

ARTIKEL BERKAITAN: Tengok adik-beradik slim, gadis ini nekad nak kurus... hasilnya melayang 40kg!– “Jauhkan diri daripada mereka yang toksik”

ARTIKEL BERKAITAN: Doktor kata boleh kena sawan... lelaki dikecam minum 7 liter air sehari untuk kurus dedah dirinya sihat, boleh derma darah - “Ikutlah badan masing-masing”

Berkongsi cerita dengan mStar, Farah Hilado Abd Raja Reezal berkata, hanya kerana berbadan besar, dia sering diberi gelaran tertentu oleh rakan-rakan ketika di sekolah.

Farah berjaya menurunkan berat badan sehingga 36 kilogram selepas mengamalkan diet dan senaman dengan konsisten. 

“Sewaktu sedang menuntut di sekolah menengah, memang banyak kali saya kena body shaming dan perkara itu membuatkan saya rasa down.

“Siapa yang tak sedih apabila digelar badak, dugong dan sebagainya. Disebabkan berbadan besar, saya tidak punyai ramai kawan. Mungkin ada segelintir yang memilih rupa, fizikal dan penampilan cantik berbanding hati.

“Disebabkan rasa down sangat, saya beritahu diri sendiri untuk berubah dan akhirnya tekad untuk menurunkan berat badan,” ujar Farah.

Menurut gadis ini, dia memulakan misinya pada penghujung tahun 2017, yang mana ketika itu beratnya mencecah hampir 90 kilogram (kg).

Farah berkongsi tip untuk menurunkan berat badan bagi mendapatkan berat yang ideal.

“Kebetulan pada ketika itu, kakak saya yang juga berbadan besar terlebih dahulu mengamalkan diet. Melihat dia begitu bersungguh-sungguh dan komited menurunkan berat badan, secara tak langsung saya jadikannya sebagai sumber inspirasi.

“Buat permulaan, saya cuba kurangkan pengambilan nasi. Namun hasilnya agak lambat dan ia membuatkan saya rasa down juga. Akhirnya saya terus tak ambil nasi langsung dan juga minuman bergas. Minuman manis pula saya hanya ambil sekali dua sahaja.

“Selain itu, saya juga amalkan bersenam. Ketika hari cuti sekolah iaitu Jumaat dan Sabtu, setiap pagi saya akan bersenam bersama ibu dan ayah. Pada sebelah petang pula, saya akan pasang lagu-lagu rancak dan menari di bilik sehingga keluar peluh. Selalunya 30 minit hingga satu jam. Dalam tiga kali seminggu, saya akan minum air perahan lemon yang dibuat sendiri,” ujar penuntut semester 4 jurusan Pengurusan Pejabat di sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) ini.

Antara komen rakan dan netizen yang ingin mengetahui tip diamalkan Farah.

Gadis yang berasal dari Sabah namun membesar di Johor ini menambah, dia bertuah kerana mempunyai ibu bapa dan ahli keluarga yang sangat memahami malah menyokong usahanya untuk menurunkan berat badan.

“Ibu sebenarnya yang banyak memantau kerana dia tak mahu saya kurus dengan cara yang tak sihat. Ini kerana dia tak mahu kejadian yang menimpa kakak berulang kembali.

“Kakak sebelum ini pernah ambil pil kerana dia agak terdesak untuk kurus. Akibatnya, dia pernah jatuh sakit... dia berasa sakit dari pinggang hingga kaki. Sampai menangis, jadi ibu dan ayah bawa pergi klinik.

“Bila ibu tanya, akhirnya dia mengaku ambil pil. Doktor juga beritahu ia adalah kesan pengambilan pil tersebut,” kata gadis berusia 20 tahun ini.

Siapa yang tak sedih apabila digelar badak, dugong dan sebagainya. Disebabkan berbadan besar, saya tidak punyai ramai kawan. Mungkin ada segelintir yang memilih rupa dan penampilan, berbanding hati.

FARAH HILADO ABD RAJA REEZAL

MANGSA BODY SHAMING

Hasil amalan pengambilan makanan dan senaman yang konsisten selama dua tahun, Farah berjaya menurunkan berat badannya sebanyak 36 kilogram.

“Nasihat saya, kalau betul-betul nak kurus, kena sabar dan dietlah secara sihat. Memanglah sedikit lambat, tapi biar selamat. Usahlah ambil ubat sembarangan.

“Lagi satu, usah terlalu memilih rupa untuk berkawan. Apa guna pilih rupa jika kita tak tahu hati dan perangai sebenar. Dalam berkawan biarlah kerana ikhlas, bukan bersandarkan kepada rupa dan bentuk badan semata-mata,” akhirinya. 

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain