suria

Umur baru 19 tahun, influencer hadiah wang tunai RM10,000 untuk ibu - “Bukannya nak show off”

Gadis berusia 19 tahun ini membuat kejutan menghadiahkan wang tunai RM10,000 kepada ibunya.

MENJALANI kehidupan serba mewah tidak membuatkan gadis ini melupakan jasa dan pengorbanan ibu bapanya. 

Begitulah kisah gadis berusia 19 tahun ini apabila dia memberikan wang tunai RM10,000 kepada ibunya, Datin Suhaini Mohamed Noor.

ARTIKEL BERKAITAN: Dah 3 hari adik tak ada duit belanja, tiba-tiba ‘ibu’ mesej kata angah dah gaji - “Naluri abang, dia nak saya minta”

Nur Aisyah Mohd Razip atau lebih popular di media sosial dengan nama Cupcake Aisyah telah memuatnaik sebuah video menunjukkan reaksi ibunya menerima kejutan berbentuk wang tunai itu di YouTube. 

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah meraih lebih dari 200,000 tontonan serta 1,700 komen daripada netizen yang rata-ratanya tersentuh hati dengan apa yang dilakukannya sebagai seorang anak. 

Perkongsian Aisyah menerima lebih dari 215,000 tontonan di laman YouTube.

"Alahai anak syurga, tak lupa jasa ibu walaupun dah berjaya pada usia muda. Awak memang hebat. 

"Sumpah menangis tengok video ni. 

"Terima kasih sebab awak betul-betul buat kami terinspirasi, Aisyah," komen beberapa netizen.

Menerusi video tersebut, Aisyah menunjukkan bagaimana dia bersama beberapa rakan berpakat untuk memberikan wang yang dikeluarkan dari bank kepada ibunya dengan cara yang agak 'rare'.

Ibunya perlu menyentuh barang-barang tertentu seperti kek, ulat dan keychain bulu yang diletakkan dalam kotak tanpa melihatnya sebelum akhirnya terharu apabila diberitahu wang kertas bernilai RM10,000 yang disentuh adalah hadiah daripada anaknya, Nur Aisyah.

Berkongsi kisah dengan mStar, Nur Aisyah atau lebih mesra disapa Aisyah memberitahu bahawa rakaman reaksi ibunya itu diambil bukan kerana mahu menunjuk-nunjuk tetapi ingin dijadikan inspirasi untuk anak muda. 

Bergelar pelajar sepenuh masa di luar negara, Aisyah berkata dia sekadar mahu mengingatkan setiap anak supaya tidak lupa berbakti kepada ibu bapa masing-masing walaupun sudah berjaya. 

Aisyah tak berniat menunjuk-nunjuk apabila merakam reaksi ibunya menerima wang tunai RM10,000.

"Sejujurnya, niat saya record reaksi ibu terima wang tunai tu bukannya nak show off. Saya create content tu supaya orang kat luar sana dapat jadikan inspirasi. 

"Apa yang saya maksudkan, tanggungjawavb kita sebagai anak untuk balas jasa ibu bapa tu jangan dilupakan. Apalah sangat pemberian kita ni kat mereka jika nak dibandingkan dengan pengorbanan mereka pada kita," katanya. 

Tambah anak kelahiran Kuala Lumpur ini, dia menjadikan ibu bapanya sebagai sumber inspirasi dalam hidup yang membuatkan dia lebih berdikari dan bekerja keras mencari rezeki sendiri.

Kata influencer ini juga, kebanyakan pendapatannya diperolehi dari platform media sosial. 

"Sumber inspirasi dalam hidup saya adalah ibu bapa saya. Sebab saya dapat lihat macam mana mereka bertungkus lumus nak besarkan saya dan ahli keluarga. Macam mana mereka bekerja keras nak sara kami. 

Aisyah jadikan ibu bapa sebagai sumber inspirasi supaya dirinya lebih berdikari.

"Selain itu, ia juga alasan yang membuatkan saya nak jadi lebih berdikari dan work hard untuk cari pendapatan sendiri. Sebab saya tak nak susahkan ibu bapa saya. 

"Setakat ini saya masih buat kerja secara part time dan saya jana pendapatan kebanyakannya dari media sosial," ujarnya. 

Anak bongsu daripada enam orang adik beradik ini sedang menuntut di University Of Westmister, London dalam bidang Media Digital dan Komunikasi.

Aisyah merupakan seorang Instafamous dan vlogger popular yang memiliki lebih dari 420,000 pengikut di Instagram. 

Selain menjadi content creator, Aisyah juga telah memulakan perniagaan sejak empat tahun lepas apabila dia menjual squisy toys secara online.

Gadis ini mula berjinak-jinak merakam videonya dan memuatnaik di laman sosial YouTube sejak dia berusia 12 tahun lagi.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
ibu, wang tunai, Nur Aisyah

Artikel Lain