suria

Tular wanita berak tepi lebuh raya ketika trafik sesak

Paparan skrin video tular yang menunjukkan seorang lelaki menemani seorang wanita 'lepas hajat' di tepi lebuh raya.

PERNAH tak anda berdepan situasi 'getir' tak dapat menahan sakit perut yang teramat dan perlu segera ke tandas tetapi ketika itu anda terperangkap dalam kesesakan lalu lintas?

Tular sebuah video di Facebook baru-baru ini menunjukkan seorang wanita sedang mencangkung di tepi lebuh raya membuang air besar.

Menurut laporan Oriental Daily, insiden mengejutkan ini dipercayai berlaku di Tambak Johor-Singapura ketika pengguna jalan raya terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.

ARTIKEL BERKAITAN: “Perjalanan 13 jam, tandas pula tutup” - Isteri Fazley Yaakob lepas 'hajat' dalam semak

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita sedang joging kantoi buang air besar depan kedai, sempat buat lompat bintang sebelum berlalu pergi

Dalam klip tersebut, seorang lelaki juga dilihat duduk mencangkung di sebelah wanita itu, dipercayai cuba melindunginya daripada dilihat pengguna yang lalu-lalang tetapi 'pemandangan' menyakitkan mata itu masih dapat dilihat dengan jelas.

Lelaki itu juga dilihat memegang pinggang wanita berkenaan ketika menemani wanita itu buang air besar, bukannya melindunginya, sekurang-kurangnya dengan kain atau sehelai baju.

Video ini dirakam dari dalam kenderaan salah seorang pengguna lebuh raya.

Semasa video itu dirakam dari dalam kereta, kedengaran suara terkejut berkata 'Oh My God'.

Bagaimanapun posting video itu di Facebook telah dipadam, tetapi ia telah tersebar melalui WhatsApp dan di Twitter.

Ada netizen berkata bahawa tempat dia 'membuang' itu sebenarnya berhampiran dengan lokasi pemeriksaan imigresen dan dia boleh berjalan kaki ke bangunan itu untuk melepaskan hajat. -WOB

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
sakit perut, berak, air besar, lebuh raya

Artikel Lain