suria

Mercedes terangkat dihentam Viva, budak perempuan tunjuk samseng keluar kereta tepuk bonet - “Macam gangster walhal bapa dia memandu tak betul”

Seorang kanak-kanak perempuan yang menaiki kereta Viva bertindak ala samseng apabila menepuk kuat kereta Mercedes yang dilanggar berulang kali.

BIADAB! Begitulah gambaran terhadap seorang pemandu yang dilihat tidak sabar untuk menukar lorong sehingga sanggup melanggar kereta lain dalam keadaan lebuh raya sesak.

Menerusi dua klip video yang kini tular di media sosial, salah satu rakaman tersebut dipercayai dibuat oleh seorang penumpang sebuah bas.

ARTIKEL BERKAITAN: Kenapa biadab? Uncle bawa 4WD terus ‘blah’, tak mahu bincang selepas langgar kereta

ARTIKEL BERKAITAN: Main masuk je! Penunggang motosikal hijau terus ‘blah’ selepas mangsa jatuh... tapi pemandu Swift merah wajar dapat pujian!

Pemandu kereta Perodua Viva warna putih itu dilihat cuba menukar lorong ke laluan paling kanan tanpa memberikan lampu isyarat.

Klip video pertama itu menunjukkan kereta Viva putih itu berkali-kali ‘menghimpit’ sehingga akhirnya bergesel dengan sebuah kereta Mercedes-Benz warna hitam.

Sebuah kereta Viva putih menukar lorong tanpa lampu isyarat sehingga melanggar sebuah kereta Mercedes-Benz.

Perlanggaran itu mengakibatkan kedua-dua tayar kiri depan dan belakang kereta Mercedes terangkat, nyaris merempuh pembahagi jalan.

Bagaikan tidak mahu mengalah, pemandu kereta Viva berkenaan terus memotong dan melencong ke hadapan bagi menghalang laluan kereta Mercedes itu.

Berdasarkan pemerhatian pada video tersebut, terdapat kesan remuk pada bahagian kiri kereta Mercedes akibat perlanggaran yang berlaku.

Keadaan semakin parah apabila kedua-dua kereta dilihat berhenti di lorong paling kiri lebuh raya.

Perlanggaran mengakibatkan kedua-dua tayar kiri depan dan belakang kereta Mecedes terangkat.

Dalam klip video kedua menunjukkan seorang lelaki, dipercayai pemandu kereta Viva putih berdiri di hadapan kereta Mercedes berkenaan.

Lebih mengejutkan apabila seorang kanak-kanak perempuan yang turut bersama lelaki itu bertindak kasar dengan lagak seperti seorang samseng menepuk bahagian bonet kereta Mercedes berkenaan berulang kali.

Amboi budak perempuan tu macam gangster walhal bapa dia yang memandu tak betul.

NETIZEN

Lelaki berbaju hijau itu dilihat seolah-olah memegang sesuatu, sebelum rakaman beralih kepada dua penumpang lain keluar daripada kereta Viva.

Dua klip video tersebut yang dimuatnaik di halaman Facebook We Are Malaysians, sehingga kini dikongsi lebih 1,800 kali dan membangkitkan kemarahan netizen.

Lelaki berbaju hijau ini dipercayai pemandu kereta Viva putih.

Bagaimanapun tidak dijelaskan bila dan di mana insiden berlaku.

“Dah ajar anak kurang ajar. Dah tahu salah lorong salahkan orang lain,” tulis netizen.

“Amboi budak perempuan tu macam gangster walhal bapa dia yang memandu tak betul. Main celah signal pun tak ada bagi nak masuk line,” komen seorang pemuda.

“Wow kenapa sangat serius sampai anak pun pukul kereta?” persoal yang lain.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
biadab, Viva, Mercedes, samseng

Artikel Lain