Pelajar berlari 300 meter sambil tahan nangis gara-gara Ysuku disangka hilang... terus gerun fikir mak ayah di kampung! - Viral | mStar

Pelajar berlari 300 meter sambil tahan nangis gara-gara Ysuku disangka hilang... terus gerun fikir mak ayah di kampung!

Azib bersama motosikal Ysuku yang dihadiahkan oleh ibu bapanya.

MOTOSIKAL jenis Yamaha 15ZR atau Ysuku sering disebut-sebut sejak kebelakangan ini.

Maka tidak hairanlah mengapa ia digelar sebagai 'hot item' yang menjadi buruan ramai terutama kaki motor.

Terbaharu, kisah seorang pelajar yang lupa mencabut kunci Ysuku miliknya sebelum ditinggalkan di tempat parking tular di Twitter.

ARTIKEL BERKAITAN: Hebatnya kamu! Umur baru 20 tahun dah ada motosikal ala Iron Man, “Kalau tekan butang, keluar suara bersedia tuan!”

ARTIKEL BERKAITAN: 'Plan' tak menjadi! Suami tertinggal motosikal isteri selepas meragut, 'takut bini marah' tebal muka serah diri

Menurut Azib Azfar Azman, 19, jantungnya bagai hampir tercabut apabila menyedari kunci motosikal berkenaan tidak ada dalam simpanannya pada minggu lalu.

"Saya parking masa nak pergi kelas. Saya sampai awal, tengah tunggu member. Bila mereka sampai, saya terlupa kunci belum cabut.

Posting Azib di Twitter.

"Saya sedar bila dah habis kelas, buka beg tengok kunci tak ada. Ingatkan kawan yang sorok, terus saya berlari ke tempat parking.

"Sambil lari saya tahan nak nangis. Mata dah merah, rasa berdebar. Jauh juga, dalam 300 meter. Parking kat bawah, kena turun bukit lagi. Bila nampak motor dari jauh tu, rasa syukur sangat," ujarnya sewaktu dihubungi mStar.

Kalau hilang, memang tak bernafas saya hari tu. Nak call ibu bapa lagi, apa pula perasaan mereka.

AZIB AZFAR AZMAN

Tambah penuntut Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (Polisas), Kuantan, Pahang itu, dia turut menemui sepucuk surat dalam bakul motosikal miliknya.

Ia ternyata memberi kelegaan kepadanya dan mengakui terharu dengan keprihatinan individu yang membantu menyimpan kunci motosikal tersebut.

"Bila sampai kat motor, tengok kunci tak ada kat suis. Tengok dalam raga ada surat, rupanya ada orang tolong simpankan kunci saya dalam helmet.

Azib bersama motosikal kesayangannya.

"Lepas tu baru saya tahu orang yang tolong tu pernah jadi jiran saya kat asrama dulu. Dia pun tak tahu tu motor saya," ujar Azib lagi.

Menurut Azib, motosikal berkenaan merupakan pemberian kedua ibu bapanya yang dibeli pada tahun lalu.

Jika ia hilang menerusi kejadian tersebut, Azib berkata dia pasti sedih dan tidak sampai hati untuk memaklumkan perkara berkenaan kepada keluarganya.

"Kalau hilang, memang tak bernafas saya hari tu. Nak call ibu bapa lagi, apa pula perasaan mereka.

"Lain kali saya akan double check, kejadian ni saya jadikan sebagai peringatan," katanya lagi.

Dalam pada itu, posting Azib mengenai kisah berkenaan ternyata menarik perhatian ramai sehingga dikongsi lebih 7,000 pelayar Twitter.

Azib Azfar Azman , Yamaha 15ZR , Ysuku

Artikel Lain