suria

Tauke katering minta pelanggan tangguh majlis, beri alasan ditangkap polis! Pelanggan mengamuk, “Aku nak duit aku balik”

Huzairul tetap mahu menuntut wang sebanyak RM 4,600 yang sudah dibayar kepada syarikat katering yang menipunya.

"SELAGI aku tak dapat duit aku, selagi itu aku akan viralkan kau," luah seorang lelaki yang geram kerana mendakwa ditipu 'hidup-hidup' oleh sebuah syarikat katering.

Menerusi posting di Facebook, lelaki yang menggunakan akaun Huzairul Fixe Logy berkata, dia sudah membayar wang sebanyak RM4,600 kepada syarikat katering berkenaan untuk majlis akikah anaknya yang sepatutnya berlangsung pada Ahad lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Gigit jari’ telefon lesap, pemuda dedah bagaimana kena game dengan penipu duit palsu, “Datang lambat... isteri bertudung, nampak macam orang berduit” 

ARTIKEL BERKAITAN: Pengantin Tanggung Rugi, Pemilik Katering Lesap Bersama RM14,500 

"Boleh pula dua hari sebelum majlis, kau Whatsapp beritahu suruh tunda majlis akikah anak aku sebab kau kena tangkap dengan polis, masuk penjara sampai hari Isnin di Johor sebab pekerja-pekerja kau tak ada permit.

"Bila aku tanya balai mana, kau tahu aku boleh cari, tiba-tiba pukul 5.00 petang kau boleh keluar penjara. Bila aku check kau tak kena tangkap pun, kau start nak menipu dah," tulisnya di Facebook baru-baru ini.

Tangkapan skrin (screenshot) perbualan Whatsapp antara Huzairul dengan pekerja syarikat katering berkenaan.

Tambah Huzairul, selepas dapat mencium ada perkara yang tidak kena, dia memaksa pemilik syarikat katering itu untuk membayar wangnya kembali. 

Namun ujar Huzairul, pelbagai alasan diberikan, malah pemilik syarikat itu merayu dan cuba meyakinkannya bahawa dirinya tidak bersalah.  

"Siap merayu cakap kalau kau tak buat, kau tak bersalah. Mana khemah nak datang pasang? Mana katering makanan nak datang sebelum majlis pukul 10.00 pagi? Tak ada kan? Jadi kau tak buat majlis aku, maknanya kau bersalah la kan," tulisnya.

Salinan laporan polis yang dibuat Huzairil.

Sehingga kini, posting itu mendapat lebih 800 perkongsian dan dihujani ratusan komen daripada netizen yang rata-ratanya bersimpati dengan nasib Huzairul.

Tambah Huzairul, dia mendapat tahu bahawa bukan dirinya sahaja yang menjadi mangsa, malah termasuk beberapa pihak lain seperti vendor khemah dan vendor katering.

Antara komen-komen netizen yang bersimpati dengan nasib Huzairil.

Lebih teruk katanya, pemilik syarikat katering itu siap menyekatnya di aplikasi WhatsApp. 

"Kau block la aku macam mana pun aku tetap akan cari kau sampai dapat. Aku nak kau bayar duit aku juga. Kau tak boleh lari mana-mana. Aku tahu yang kau dah tahu kau kena viral," tulisnya dalam posting berasingan pada Selasa. 

Menurut Huzairul, dia sudah membuat laporan polis dan akan mengambil tindakan undang-undang untuk mendapatkan keadilan.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
katering, akikah

Artikel Lain