suria

“Tiba-tiba dia brek kecemasan depan saya” - Paip besi atas jalan, rider Foodpanda jadi buruan netizen... ini sebabnya!

Pengguna Facebook berkenaan berkongsi foto ini demi mencari empunya badan yang cukup prihatin membuang paip besi di atas jalan raya. FOTO: Facebook Dgsw Goh.

KEPRIHATINAN seorang pekerja khidmat penghantaran makanan Foodpanda yang bertindak membuang paip besi di laluan berdekatan Sunway, Subang Jaya di Selangor menerima pujian ramai.

Kisah mengenai pemuda itu menjadi tular di laman Facebook setelah ia dikongsi oleh seorang pengguna jalan raya yang turut melalui kawasan itu pada waktu kejadian.

ARTIKEL BERKAITAN: Rider Foodpanda dapat tempahan diselubungi persoalan! Apartment kosong, jalan sunyi, “Siapa yang order kalau begini?”

ARTIKEL BERKAITAN: Berlapar hantar makanan, pemberian pelanggan Cina buat rider GrabFood ini nak menangis, “Terharu dia hargai kerja saya”

"Hai Malaysian... Siapa yang kenal abang panda tolong panjangkan message saya kepada beliau.

"Petang tadi saya lalu di Sunway dan masa itu hujan lebat. Tiba-tiba dia berhenti depan saya secara brek kecemasan untuk kutip pipe besi yang agak panjang di tengah jalan.

Susah nak jumpa insan macam ni sekarang. Banyak yang dah pupus, respect.

NETIZEN

"Saya sangat malu dengan keprihatinan beliau. Saya sangat bangga dengan sifat beliau. Adik baba ini ingin jumpa beliau and ingin menghulurkan sedikit bantuan ikhlas untuk ringankan beban beliau," tulis Dgsw Goh di Facebook.

Posting yang dimuat naik pada Isnin itu sehingga kini menerima hampir 5,000 tanda suka di laman Facebook.

Malah, ia turut dikongsi ratusan pelayar laman sosial berkenaan.

Posting yang tular di Facebook.

Dalam pada itu, netizen turut meninggalkan komen yang mana mereka memuji sikap prihatin pemandu penunggang Foodpanda berkenaan.

'Kalau tak ada depa berlaparlah ibu ngandung, orang tua yang uzur, adik kakak yang tak sempat beli makan, budak sekolah yang ibunya tak sempat masak... DELIVERY MAN...WE SALUTE YOU.

"Susah nak jumpa insan macam ni sekarang. Banyak yang dah pupus, respect.

"Dah jumpa nanti update ye bos. Nak kenal dengan hero kita. Salute... Sanggup basah dalam hujan demi keselamatan orang lain," tulis beberapa netizen.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain