suria

Ramai meremang dengar suara ‘Yuna versi Form 2’! Mak ayah pun terkejut, anak diam-diam dah ada lagu sendiri

Syafiqah berjaya menghasilkan lagu karyanya sendiri iaitu lagu 'Sanity'.

KEMAMPUAN dan bakat menyanyi seseorang mampu digilap sebaik mungkin walaupun usia baru setahun jagung.

Begitulah yang dialami remaja berusia 14 tahun ini apabila suaranya berjaya menambat hati sesiapa yang mendengarnya.

"Aku rasa nak menangis dengar lagu anak saudara aku ni. Baru tingkatan 2, dah compose lagu sendiri. Siap ada music video sendiri pulak tu. Dah macam Gorillaz! Ayah dia merangkap abang aku, Kartunis Rambai, creator kartun Amazing of Awang Khenit yang produce MV ni," menurut posting yang dimuat naik Hazbi Ghazali menerusi akaun Twitternya.

ARTIKEL BERKAITAN: Duet dengan Sarah Suhairi, selamba minta Caliph Buskers ‘D Minor’… pelajar ini sebenarnya bukan biasa-biasa, dapat peluang ke kejohanan dunia

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya tak layak… beliau tiada pengganti” – Klon P. Ramlee

Posting video lagu yang dimuat naik Hazbi Ghazali menunjukkan nyanyian anak saudaranya itu mendapat perhatian netizen melalui laman Twitter oleh kerana suaranya persis penyanyi popular, Yuna.

Juliana bersama suami menyokong sepenuhnya bakat yang ada pada Syafiqah.

Bakat Syafiqah Izzaty Syamsul Ikram yang berusia 14 tahun ini sebenarnya telah disedari ibunya, Juliana Abdullah sejak dia berusia lima tahun lagi.

Juliana Abdullah ketika dihubungi mStar berkata, anak perempuannya aktif dalam bidang nyanyian dan sering menyertai pertandingan nyanyian di peringkat sekolah.

"Dari kecil hobi syafiqah memang suka menyanyi. Dia mula menyanyi sejak umurnya lima tahun, ketika zaman tadika cikgu pernah minta dia buat persembahan kalau ada sesuatu event.

"Banyak kali juga dia libatkan diri dalam pertandingan menyanyi untuk wakil sekolah, dia pun pernah jadi ketua nasyid ketika sekolah rendah.

"Kalau ada audition menyanyi, cikgu selalu akan panggil dia untuk cuba nasib dan kebiasaannya dia akan terpilih," ujarnya yang merupakan pengurus di syarikat IT.

Minat yang ditonjolkan anak bongsu daripada tiga beradik ini juga disokong sepenuhnya oleh Juliana serta suaminya, Syamsul Ikram Ghazali.

Posting yang dimuat naik bapa saudara Syafiqah.

Menurut ibu kepada tiga anak ini, dia sangat berbesar hati jika orang ramai dapat menilai kemampuan dan bakat yang dimiliki anaknya.

Di samping bakat yang menyerlah dalam bidang nyanyian, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan USJ 12, Subang Jaya ini juga mempunyai kelebihan dalam mencipta lirik dan menggubah lagu dengan sendirinya.

Kalau ada audition menyanyi, cikgu selalu akan panggil dia untuk cuba nasib dan kebiasaannya dia akan terpilih.

JULIANA

Lagu bertajuk Sanity hasil karya Syafiqah Izzaty juga telah dimuat naik menerusi laman Youtube sejak 24 Ogos lalu.

"Syafiqah mula hasilkan lagu sendiri sejak ayahnya hadiahkan alat muzik Ukelele sempena hari jadinya.

"Pada mulanya, saya dan suami tak tahu yang dia ada buat lagu sendiri, secara senyap-senyap dia dah siap buat lagu Sanity.

"Lagu itu 100 peratus dibuat sepenuhnya oleh dia sendiri dan suami saya hanya buat muzik video menggunakan animation sahaja," katanya yang kini menetap di Subang Jaya.

Dengan bantuan bapa Syafiqah yang merupakan pengarah dan pelukis papan cerita animasi, kartunis Rambai telah membuat keputusan untuk meletakkan lagu Sanity di bahagian penutup video Awang Khenit di laman Youtube.

Rata-rata netizen kagum dengan suara Syafiqah persis Yuna.

Juliana juga berharap bakat anak bongsunya yang berjaya menghasilkan sebuah lagu itu mampu dibawa ke peringkat yang lebih tinggi.

Dalam pada itu, muzik video berdurasi dua minit 19 saat yang dimuatnaik bapa saudara kepada Syafiqah Izzaty mendapat perhatian netizen.

Muzik video tersebut mendapat 133,000 tontonan dan meraih hampir 8,000 ulang kicau serta 8,391 tanda suka.

Rata-rata netizen kagum dengan bakat yang ada pada diri Syafiqah Izzaty dan memuji suara anak muda berjiwa besar ini.

"Power teruk ni sebi. Kalau Syed Saddiq tengok, inilah yang dipanggil young talent," tulis salah seorang netizen.

"Sedapnya lagu.. suara macam Yuna pulak tu.. and i love Awang Khenit!!!," puji netizen melalui ruangan komen di posting berkenaan.

"Ingat Yuna tadi, so talented," kata @Zolazrai.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
Yuna

Artikel Lain