Lelaki mengadu nasib putus cinta sebab kekasih anti vaksin, percaya bumi rata... rakan sikit pun tak simpati, “Kau buat keputusan tepat” - Viral | mStar

Lelaki mengadu nasib putus cinta sebab kekasih anti vaksin, percaya bumi rata... rakan sikit pun tak simpati, “Kau buat keputusan tepat”

Kisah putus cinta itu ternyata menarik perhatian ramai pelayar Twitter.FOTO: AFP & Twitter.

"APA dosa aku diuji sebegini rupa," demikian kata seorang jejaka yang bercerita mengenai kisah malang percintaannya kepada seorang sahabat.

Paparan skrin perbualan WhatsApp mereka kemudiannya dimuat naik ke laman Twitter sehingga menjadi tular.

Paling mencuit hati tentunya faktor utama yang menyebabkan hubungan itu terputus di tengah jalan.

ARTIKEL BERKAITAN: Badan dah ‘fit’ pun cinta ditolak, pemuda XXL tarik perhatian Adibah Nor “Hati orang kita tak boleh paksa”

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas teman wanita berubah hati lepas kenali cef IG, jejaka frust akui dah beli 12 dulang hantaran... "Saya jaga dia macam bini"

Menurut jejaka itu, dia sendiri bertindak meminta untuk memutuskan hubungan kerana teman wanitanya anti vaksin dan berpendirian bahawa bumi itu berbentuk rata.

"Tak tahu nak cerita ke tak, kira buka aib ke tak? Entah la, I dah minta break.

Gara-gara teman wanita anti vaksin, pasangannya minta putus hubungan. -foto AP

"Tak tahu sama ada dia faham atau tak, I rasa berdosa, dia anti vaksin dan percaya bumi itu rata.

"Saya terperanjat, saya speechless, saya gelabah and all," luah pemuda itu kepada rakannya.

Kenapa tak nak vaksin? Vaksin tu memang la bukan sunnah, takde zaman nabi. Tapi zaman nabi takde penyakit macam zaman sekarang. And ulama pun dah kata boleh vaksin ni. Jangan close minded sangat boleh tak?

NETIZEN

Perkongsian itu ternyata mencuit hati rakannya dan menyifatkan ia sebagai satu keputusan yang tepat.

Dalam pada itu, ia turut menjadi jenaka netizen yang membanjiri posting itu dengan pelbagai reaksi sejak dimuat naik Sabtu lalu.

Paparan skrin perbualan berkenaan yang tular di Twitter.

Malah, ruangan balas posting itu turut menjadi medan perbincangan warga Twitter memandangkan isu vaksin sentiasa hangat diperdebatkan.

"Aku rasa setakat ni, ni la reason untuk break paling berilmiah pernah aku saksikan.

Lagi komen-komen netizen.

"Ok Alhamduillah I dapat husband pro vaksin. Dua princess kitorang selamat dah divaksin ikut dos and siap nak ambik extra dos lagi.

"Kenapa tak nak vaksin? Vaksin tu memang la bukan sunnah, takde zaman nabi. Tapi zaman nabi takde penyakit macam zaman sekarang. And ulama pun dah kata boleh vaksin ni. Jangan close minded sangat boleh tak. Bahayakan orang lain," komen beberapa netizen.

Sehingga kini, posting yang disertakan dengan dua paparan skrin itu menerima hampir 11,000 ulang kicau (Retweet).

anti vaksin , putus cinta , WhatsApp , bumi

Artikel Lain