“Memang saya tak cari perempuan lain dah” - Tangan 'abang limosin' merah-merah dicakar, digigit isteri - Viral | mStar

“Memang saya tak cari perempuan lain dah” - Tangan 'abang limosin' merah-merah dicakar, digigit isteri

Hafiz dan Aina dikurnakan cahaya mata sulung bernama Raisya Arisa (gambar kiri). Kesan merah pada tangan Hafiz akibat dicakar dan digigit Aina semasa isterinya bersalin (gambar kanan). Foto ihsan Hafiz Mahamad

INSTAFAMOUS dan usahawan, Hafiz Mahamad dikurniakan cahaya mata pertama selepas isterinya, Nursyafiqah Aina Abdul Wahab bertarung nyawa selama enam jam.

Puteri sulung yang diberi nama Raisya Arisa itu dilahirkan pada Isnin, jam 9.24 malam di Hospital Colombia Asia di Nusajaya, Johor.

ARTIKEL BERKAITAN: Majlis Kahwin 'Kecoh' Pengantin Lelaki Hilang!

ARTIKEL BERKAITAN: “Tak pernah ‘fake’ kejutan demi kejutan suami” - Syafiqah Aina akui segalanya disembunyikan, anggap ia bonus

Hafiz berkata, dia bersyukur kerana dapat menemani isterinya sepanjang proses bersalin yang sepatutnya dijadualkan dua minggu lalu.

Foto 'pengenalan' cahaya mata sulung pasangan Hafiz dan Aina.

Menurut pemuda berusia 25 tahun itu, nama Raisya Arisa membawa maksud pemimpin yang lemah-lembut dan bijak.

Bila tengok Aina yang sakit tu, saya yang teman pun rasa sakit, macam ‘gedebek prekk’... bagi saya, maksudnya macam rasa sakit yang teramat sangat, rasa tak boleh nak cakap dan tak boleh nak digambarkan dengan kata-kata.

HAFIZ

“Lahirnya Raisya Arisa bermaksud kami melepasi fasa pertama bercinta iaitu kami berdua melalui tempoh susah-senang sama-sama, terima cantik buruk seadanya, usaha sama-sama dalam bisnes. Sekarang pula dah ada orang baharu dalam hidup kami.

“Jujurnya, bila tengok sendiri Aina melahirkan anak, saya dapat membayangkan keperitan dan kesakitan ibu dan Aina. Memang saya tak cari perempuan lain dah,” katanya secara berseloroh kepada mStar.

Dulu berdua, kini hidup Hafiz dan Aina diserikan dengan Raisya Arisa.

Hafiz turut mendedahkan pengalaman sepanjang tempoh enam jam itu menyaksikan tangannya dicakar dan digigit Aina yang menahan sakit semasa bersalin.

“Saya tengok Aina bersalin memang saya pun rasa sakit. Memang sakit habis tangan saya dicakar dan digigitnya sampai ada kesan calar merah-merah.

“Tapi jujurnya, bila tengok Aina sakit nak bersalin tu, saya yang teman pun rasa sakit, macam ‘gedebek prekk’... bagi saya, maksudnya macam rasa sakit yang teramat sangat, rasa tak boleh nak cakap dan tak boleh nak digambarkan dengan kata-kata,” tambahnya.

Antara kejutan awal dengan menaiki limosin sempena hari ulang tahun Aina. Foto Hafiz Mahamad

Hafiz sebelum ini menjadi sebutan netizen kerana membuat siri kejutan untuk pasangannya bermula hari ulang tahun tunangnya dengan menyewa sebuah limosin putih pada 2016 dan menghadiahkan kereta honda Merah sebagai hadiah pada 2017.

Malah, Hafiz juga mencetuskan kekecohan pada majlis perkahwinannya bersama Aina pada November 2017 apabila tiba-tiba hilang tetapi kemudian muncul dengan memakai maskot singa semasa persembahan di hadapan pelamin.

Artikel Lain