suria

Rasa 'cinta' murid tahun 3 terbongkar, pelajar senior jumpa surat tercicir dalam van, “Walaupun kau coklat, aku tetap suka kau”

Surat berkenaan yang menjadi tular di Twitter.

COMEL dan menghiburkan, begitulah reaksi kebanyakan netizen berhubung sekeping surat cinta murid sekolah rendah yang tular di media sosial.

Menurut Syidah Sahar, surat itu kepunyaan seorang murid tahun tiga dan ia tercicir dalam van sekolah yang dinaiki mereka.

Berkongsi kisah itu di Twitter, ia sehingga kini menerima hampir 20,000 ulang kicau (Retweet).

ARTIKEL BERKAITAN: Disoal ibu duit buku ‘lesap’, murid salahkan ‘chicken chop sedap sangat’

ARTIKEL BERKAITAN: Penghibur cilik buat ramai mahu goyang! Bukan saja menyanyi dan bergelek, menggelecek pun power “Hampir terpilih main bola ke Barcelona”

Kata Syidah, surat yang ditemuinya pada Selasa lalu juga sudah dikembalikan kepada budak perempuan berkenaan pada Khamis.

"Kami naik satu van, masa tu perjalanan balik sekolah. Dia tercicir surat tu sewaktu turun dari van.

"Saya tak sempat bagi pada dia, saya ambil dan bawa balik. Tapi hari ni saya jumpa dia, saya dah bagi balik.

"Saya tak tanya banyak, cuma bagitahu surat dia jatuh. Kalau tengok buku yang dia pegang, dia murid tahun tiga," ujar remaja berusia 17 tahun itu sewaktu dihubungi mStar.

Weh Ya Allah part last tu takleh blah. Nasib aku tahan ketawa dalam train kalau tak orang fikir aku gila.

NETIZEN

Tambah Syidah lagi, kanak-kanak itu agak terkejut sewaktu dia memulangkan semula surat berkenaan.

Berkongsi secara suka-suka penemuan itu di Twitter, Syidah tidak menyangka ia akan menarik perhatian ramai.

Malah, kejadian di Johor Bharu itu dianggap Syidah sebagai sesuatu yang menghiburkan hatinya.

Paparan skrin perkongsian berkenaan.

Dalam pada itu, rata-rata netizen turut meninggalkan komen menerusi posting itu.

Malah, ramai yang mengakui turut terhibur apabila membaca isi kandungan surat berkenaan.

“Walaupun kau coklat, aku tetap suka kau. Hahahaha akak terhibur dik," tulis @CikManisDonut.

"Weh Ya Allah part last tu takleh blah. Nasib aku tahan ketawa dalam train kalau tak orang fikir aku gila," tulis @nvnielim pula.

Menerusi surat itu, kanak-kanak perempuan berkenaan meluahkan perasaannya kepada seorang murid lelaki.

Paling mencuit hati, penutup surat itu yang berbunyi: "Walaupun kau coklat, aku tetap suka kau" menjadi tumpuan utama netizen.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain