“Tak sangka sangat teruk sampai macam tu” - Rumah baru beli 2 tahun 'hancur berkecai', penyewa lesap! - Viral | mStar

“Tak sangka sangat teruk sampai macam tu” - Rumah baru beli 2 tahun 'hancur berkecai', penyewa lesap!

Keadaan rumah milik Hilmi yang kotor dan jijik ditinggalkan penyewa tidak bertanggungjawab.

KECEWA! Itulah yang dapat menggambarkan perasaan pemilik apabila melihat rumah yang diberi sewa bagaikan 'tongkang pecah' selepas ditinggalkan penyewa tidak bertanggungjawab dalam keadaan yang tidak terurus dan kotor.

Rumah milik Muhammad Zulhilmi Yamin yang terletak di Port Klang itu telah dihuni satu-satunya penyewa yang menyewa kediaman berkenaan sejak ia dibeli.

Muhammad Zulhimli Yamin atau mesra disapa Hilmi menceritakan pengalamannya pertama kali berdepan dengan situasi tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: "Beri saya peluang move on" - Penghuni minta maaf 'ternak' lipas, takutkan rakan serumah

ARTIKEL BERKAITAN: Seorang 'complain', ramai lagi nak sewa homestay tak ada dinding! “Walau belum siap, ramai dah booking biliknya”

"Saya beli rumah itu pada dua tahun lepas hasil berniaga online... kebetulan saya ternampak iklan jualan rumah lelong di Facebook jadi saya pun terus beli.

Keadaan ruang dapur rumah yang ditinggalkan tidak terurus dan kotor.

"Rumah pangsapuri yang dilelong itu pun memang rumah yang baharu dan tiada siapa yang duduk... jadi saya pun terus cari penyewa dan iklankan di laman web.

"Selepas seminggu saya iklankan rumah sewa tersebut, kebetulan ada seorang pakcik nak sewa rumah dan saya sediakan kontrak untuk satu tahun... kemudian selepas kontrak satu tahun dah habis, dia minta untuk panjangkan tempoh sewa jadi saya pun bagi dia menyewa untuk setahun lagi tetapi atas dasar percaya, saya tidak perbaharui kontrak untuk lagi setahun," ujarnya ketika dihubungi mStar.

Hilmi berkata mula mengesyaki perangai peliknya apabila dia sering lewat membayar duit sewa rumah berkenaan, sehinggalah sejak April lalu bayaran sewa telah tertunggak dan akhirnya tidak dibayar.

Lebih malang lagi apabila pemuda berusia 23 tahun ini juga gagal menghubungi penyewa selepas dia hilang tanpa dapat dikesan. 

Ketika itu barulah dia tahu alamat yang tertera pada kad pengenalan penyewa itu juga bukan alamat asalnya, sebaliknya ia adalah rumah sewanya sebelum ini.

Hilmi terpaksa menanggung kos anggaran sebanyak RM4,000 untuk membaik pulih rumah sewanya yang rosak teruk.

"Pada Selasa lepas, saya datang ke rumah untuk berjumpa dengannya sebab dua bulan duit sewa rumah tertunggak dan bila saya sampai di rumah tersebut, saya tengok rumah dah dikunci dengan mangga berlainan.. bukan kunci mangga milik saya.

"Jadi saya terpaksa mengupah orang untuk potong mangga yang telah berkunci itu... bila saya masuk rumah, saya tengok rumah dalam keadaan sangat bersepah dan lima pintu dah rosak.

"Tombol pintu pun dah tak ada dan keadaan tandas sangat kotor. Tak sangka sangat teruk sampai macam tu," katanya yang juga merupakan pelajar Ijazah Pengurusan Hartanah di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.

Hilmi juga terkilan selepas melihat rumah pertama miliknya itu perlu diperbaiki semula, tetapi mengaku kesilapannya kerana mudah percayakan individu yang tidak diketahui latar belakangnya.

Tambahnya, anggaran kos sebanyak RM4,000 terpaksa ditanggung bagi kerja-kerja pembersihan dan membaik pulih rumah berkenaan.

Posting yang dimuat naik ibu saudara Hilmi di Facebook miliknya.

Dalam pada itu, posting yang telah dimuat naik oleh ibu saudara Hilmi di Facebook telah tular baru-baru ini sehingga mendapat 225 perkongsian.

Rata-rata pengguna Facebook mengkritik perbuatan penyewa berkenaan yang tidak bertanggungjawab atas tindakannya.

"Wow pengotornya! Ada lagi ke orang macam ni eeee!" komen salah seorang pengguna Facebook, @fatifati.

"Kalau sis cari sampai lubang cancing le jumpa bagi penampar!" tulis Rohani Mohamed di ruangan komen.

rumah sewa , kotor , penyewa , pemilik

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

Artikel Lain