suria

Fatimah kirim kad ucapan Hari Bapa buat Adamdidam, “Satu untuk ayah sebenar saya, satu lagi untuk ayah saya di syurga”

Kad ucapan fatimah dan Ali buat Adam yang dimuat naik ke laman Instagram The Family UK.

SAMBUTAN Hari Bapa anak saudara kepada Chef selebriti Adam Mahamed Ismail atau Adamdidam mungkin berbeza tahun ini setelah pemergian figura popular itu pada Ramadan lalu.

Mempunyai hubungan yang cukup akrab, perkongsian ucapan sempena hari menghargai  bapa yang dibuat oleh Fatimah dan adiknya, Ali menerusi laman Instagram The Family UK ternyata menjentik hati pengikut mereka.

Posting yang memaparkan kad ucapan Selamat Hari Bapa kepada Adam yang lebih mesra disapa Mamajee oleh dua beradik itu sehingga kini menerima hampir 8,000 tanda suka (likes).

ARTIKEL BERKAITAN: Lukisan duka dari UK... hanya Fatimah yang tahu, “Mohon doakan, dia dalam proses untuk pulih”

ARTIKEL BERKAITAN:  Kakak kongsi kisah sayu Fatimah 'standby' gantung tudung untuk doakan Mamajee... “Adam pesan dia minta maaf banyak-banyak”

"Fatimah dan Ali buat dua kad Hari Bapa. Fatimah kata, satu untuk ayah sebenar saya... Dan satu lagi untuk ayah saya di syurga,” tulis pengendali laman sosial itu.

Kad ucapan yang dimuat naik ke laman Instagram The Family UK.


Kad ucapan tulisan tangan itu turut disertakan dengan foto kenangan Fatimah, Ali dan Adam.

Baru-baru ini, Fatimah turut menghasilkan satu lukisan yang memaparkan dua figura dan mempunyai lambang hati retak, seminggu selepas kematian chef selebriti itu.

Adam dijemput ilahi pada usia 29 tahun, 19 Mei lalu akibat jangkitan paru-paru.

Dia meninggal dunia di kediaman ibu bapanya di Kota Bharu, Kelantan dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Lemal, Pasir Mas.

Adam ialah peserta rancangan Hero Oven musim kedua siaran TV3.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
Fatimah, Ali, Adamdidam, Selamat Hari Bapa

Artikel Lain