Lukisan duka dari UK... hanya Fatimah yang tahu, “Mohon doakan, dia dalam proses untuk pulih” - Viral | mStar

Lukisan duka dari UK... hanya Fatimah yang tahu, “Mohon doakan, dia dalam proses untuk pulih”

Fatimah begitu rapat dengan bapa saudaranya yang dipanggil Mamajee.

SELEPAS seminggu pemergian Chef selebriti Adam Mahamed Ismail atau lebih dikenali sebagai Adamdidam, lukisan hasil tangan anak buah kesayangannya, Fatimah didedahkan menerusi laman sosial.

Imej yang memaparkan dua figura dan mempunyai lambang hati yang retak itu dilukis Fatimah yang terkenal bersama adik-adiknya menerusi The Family UK, pada hari Adamdidam dijemput Ilahi, 19 Mei lalu.

Walaupun hanya Fatimah saja yang memahami hasil kerja tangannya, tetapi gambar hati tersebut mengundang sayu.

ARTIKEL BERKAITAN: Kakak kongsi kisah sayu Fatimah 'standby' gantung tudung untuk doakan Mamajee... “Adam pesan dia minta maaf banyak-banyak”

ARTIKEL BERKAITAN: Mahu kembalikan senyuman 3 beradik kesayangan Adam, penuntut di UK ini akui “Saya tak boleh jadi seperti kamu”

"Fatimah melukisnya pada Ahad, bersamaan 14 Ramadan 1440H, iaitu hari Mamajee (panggilan buat Adamdidam) meninggal dunia.

"Mamajee pergi... Fatimah menangis dengan hati yang remuk. Tiada kata-kata untuk menggambarkan perasaannya," menurut perkongsian di laman sosial thefamily.uk pada Isnin.

Lukisan Fatimah yang dihasilkan pada hari Adamdidam meninggal dunia. Foto instagram thefamily.uk

Menurut keterangan itu lagi, lukisan tersebut menggambarkan segala-galanya yang dilalui budak perempuan berusia lima tahun itu.

"Mohon doakan Fatimah. Dia masih dalam proses untuk pulih," menurut perkongsian itu.

Ramai mengetahui Fatimah bersama adik-beradiknya iaitu Omar Mukhtar dan Ali begitu rapat dengan bapa saudara mereka, Adamdidam.

Tiga beradik itu popular dengan video bertutur dalam dialek Kelantan walaupun membesar di Birmingham, United Kingdom.

Chef Adamdidam meninggal dunia pada usia 29 tahun akibat jangkitan paru-paru.

Adamdidam , chef , Fatimah , The Family UK

Artikel Lain