Khatib dijemput Ilahi selepas rebah di mimbar ketika khutbah Jumaat - Viral | mStar

Khatib dijemput Ilahi selepas rebah di mimbar ketika khutbah Jumaat

Seorang khatib rebah semasa menyampaikan khutbah Jumaat di Masjid Al Bukhary di Alor Setar, Kedah.

SEBUAH video yang menunjukkan seorang khatib tiba-tiba rebah ketika menyampaikan khutbah Jumaat menjadi tular di media sosial.

Khatib Masjid Al Bukhary, Alor Malai, Jalan Langgar di Alor Setar, Kedah yang dikenali sebagai Ustaz Ku Yaacob itu dilaporkan meninggal dunia.

Anak bongsu Ustaz Ku Yaacob atau nama penuhnya Ku Yaacob Ku Hasim mengesahkan mengenai bapanya telah kembali ke rahmatullah.

Ku Munirah, 29, berkata, bapanya disahkan meninggal dunia pada kira-kira pukul 2.15 petang di Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar, Kedah.

“Menurut pihak hospital, ayah meninggal dunia akibat serangan jantung. Sebelum ni ayah okay, tak ada pula arwah mengadu sakit dada,” katanya kepada mStar.

Menurut Ku Munirah yang merupakan anak bongsu daripada lima beradik itu, bapanya tidak mempunyai penyakit jantung, tetapi menghidap kencing manis dan darah tinggi.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa (AJK) Masjid Al Bukhary, Yahya Md Noor memberitahu, jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di tanah perkuburan di masjid itu, sebelum Maghrib.

Allahyarham Ku Yaakob yang meninggal dunia pada usia 68 tahun merupakan Timbalan Pengerusi 1 Masjid Al Bukhary.

Terdahulu, jemaah Masjid Al Bukhary, Alor Setar gempar apabila khatib yang membaca khutbah Jumaat, rebah pada Jumaat dan kejadian tersebut dirakamkan oleh beberapa jemaah.

Ku Yaacob dilaporkan pengsan sebelum pasukan perubatan tiba dan memberikan bantuan penafasan (CPR).

Dilaporkan, imam kedua masjid berkenaan bertindak menggantikan Ku Yaacob dan menyambung semula khutbah berkenaan.

Klik

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

Artikel Lain