suria

Lebaran di London, Ainul Mardhiah comel berbaju kurung ungu

Nurul Erwani memakaikan baju raya kepada anak perempuannya.

SAMBUTAN Aidilfitri kali ini lebih bermakna buat Ahmad Safiuddin Ahmad Razak dan isterinya, Nurul Erwani Zaini apabila berpeluang beraya bertiga bersama anak mereka, Ainul Mardhiah.

Namun sambutan kali ini agak berbeza apabila mereka terpaksa beraya di London selepas Ainul Mardhiah yang menghidap ketumbuhan kanser Germ Cell Tumor mula menjalani rawatan di sebuah hospital di sana.

Ahmad Safiuddin sering berkongsi di Facebook miliknya perkembangan Ainul sejak tiba di London pada 24 Mei lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Harta boleh dicari, nyawa tiada ganti” - Ramai tak sanggup tengok derita Ainul Mardhiah, rela jual barang kesayangan

ARTIKEL BERKAITAN: Ainul Mardhiah lepasi risiko dalam penerbangan, selamat tiba di London

Terbaharu dia berkongsi video anak perempuannya dipakaikan baju raya berwarna ungu oleh isterinya pada Syawal kedua.

Ainul Mardhiah sedang menjalani rawatan di sebuah hospital di London.

Rakaman video berdurasi dua minit 13 saat itu menunjukkan Nurul Erwani turut dibantu seorang jururawat semasa memakai baju kurung kepada anak perempuannya itu.

Selepas itu, Nurul Erwani dilihat memangku Ainul Mardiah.

Di akhir video tersebut, tangan Nurul Erwani seolah-olah mengesat air matanya ketika menepuk anaknya untuk tidur.

Setakat pukul 3.30 petang Khamis, klip video itu dikongsi sebanyak 2,200 kali dan mendapat 5,400 tanda suka.

"Menangis terus aku tengok video ni. Ya Allah kau berilah peluang untuk Ainul sayang bernafas seperti baby lain.

NETIZEN.

Rakaman video itu turut mengundang sebak netizen yang sering mengikuti perkembangan bayi berusia sembilan bulan itu.

"Menangis terus aku tengok video ni. Ya Allah kau berilah peluang untuk Ainul sayang bernafas seperti baby lain.

"Untuk ibu Ainul... cemburu saya lihat pemakaian awak. Sangat sempurna sebagai wanita islam. Alhamdulillah," tulis seorang netizen di posting tersebut.

Sementara itu, beberapa individu lain turut mendoakan kesihatan Ainul Mardhiah.

Ainul Mardhiah dipangku ibunya.

"Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim... kau kurniakan lah kesembuhan kepada Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin. Hilangkan segala kesakitan dia. Hadirkan senyuman manis yang kekal di wajahnya Wahai Yg Maha Besar lagi Maha Penyayang.

"Kepada walid dan mama Ainul semoga hari-hari yang mendatang di kota London bakal menjadikan nostalgia manis untuk dikongsi sentiasa bersama-sama kami di sini. Kami rindu Ainul Mardhiah kerana nama Ainul sentiasa dalam doa kami," tulis Amy Zuraidah.

Kisah Ainul Mardhiah menjadi tular sehingga mendapat perhatian pakar bedah warga Malaysia yang berpangkalan di United Kingdom (UK), Dr Nur Amalina Che Bakri.

Dr Amalina bersama sekumpulan pakar di UK bersedia membuat pembedahan terhadap bayi itu dengan kos rawatan dianggarkan lebih RM1 juta.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain