Ainul Mardhiah lepasi risiko dalam penerbangan, selamat tiba di London - Semasa | mStar

Ainul Mardhiah lepasi risiko dalam penerbangan, selamat tiba di London

Ainul Mardhiah berada dalam keadaan baik sepanjang penerbangan ke London. Foto Facebook Ahmad Safiuddin.

AINUL Mardhiah, bayi yang menghidap kanser ‘Germ Cell Tumor’ selamat tiba di London.

Perkara itu disahkan bapanya, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak dalam satu posting di Facebooknya petang Sabtu.

"Assalamualaikum. Alhamdulillah syukur kepada Allah, kami selamat tiba di London," tulisnya.

ARTIKEL BERKAITAN: "Harta boleh dicari, nyawa tiada ganti" - Ramai tak sanggup tengok derita Ainul Mardhiah, rela jual barang kesayangan

Pada masa sama, Ahmad Safiuddin turut menarik nafas lega apabila Ainul berada dalam keadaan baik sepanjang penerbangan ke London.

"Ainul telah berjaya melepasi risiko di atas flight dengan jayanya tanpa sebarang masalah. Doktor dapat menjaganya dengan baik. You're a fighter, sikit lagi kakak!," tulisnya.

Namun Ahmad Safiuddin tidak mendedahkan nama hospital dan tarikh Ainul akan menjalani pemeriksaan dan juga rawatan.

Dilaporkan perjalanan Ainul bersama bapa dan ibunya, Nurul Erwani Zaidi, 24, dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menaiki pesawat Malaysia Airlines (MAS) malam Jumaat turut diiringi dua pakar bius dari hospital swasta di negara ini.

Dr Dzulkefly turut berpeluang melawat Ainul semasa berada di London. Foto Facebook KKM

Sementara itu, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad yang berada di London turut berkesempatan melawat Ainul di salah sebuah hospital di sana.

"Alhamdulillah saya berkesempatan melawat adik Ainul Mardhiah di salah sebuah hospital di London pagi ini (Sabtu) ketika dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Heathrow untuk pulang ke Malaysia.

"Dia tiba awal pagi tadi (Sabtu) bersama ayah, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak, 24, dan ibunya Nurul Erwani Zaidi, 24, bagi mendapatkan rawatan di sini," katanya dalam satu kenyataan yang dikongsi di Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Dr Dzulkefly turut meminta orang ramai supaya mendoakan agar pembedahan bayi berusia lapan bulan itu berjalan dengan lancar.

"Saya difahamkan bahawa adik Ainul Mardhiah, yang berusia lapan bulan, menghidap kanser Germ Cell Tumor sejak dilahirkan. InsyaAllah, sama-sama kita doakan yang terbaik," katanya.


Klik

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.