suria

Bekas CEO didakwa cabul anak sendiri

Kes cabul melibatkan bekas Ketua Pegawai Eksekutif dan dua orang anak perempuannya.

PENANGKAPAN bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) syarikat telco minggu lalu kerana dakwaan melakukan ancaman terhadap bekas isterinya hanyalah sekadar 'melepaskan batuk di tepi tangga' sahaja.

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif itu ditahan di balai polis Hulu Kelang Khamis lalu selepas dia didakwa menceroboh masuk ke rumah bekas isterinya dan mengugut bunuh sehari sebelumnya.

Dia kemudian dibebaskan dengan jaminan polis pada hari Ahad, sehari sebelum reman empat harinya berakhir.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Choo Lily mengesahkan bahawa D11 telah menjalankan siasatan ke atas laporan-laporan terdahulu.

Beliau juga berkata kes itu dikelaskan sebagai NFA (Tiada Tindakan Lanjut) selepas berunding dengan timbalan pendakwa raya yang terlibat.

The Star telah cuba menghubungi bekas CEO itu untuk mengetahui kisah lebih lanjut, namun tiada respon yang diterima.

Wakil Jabatan Kebajikan Masyarakat mengesahkan kes itu dikelaskan sebagai NFA (Tiada tindakan lanjutan) apabila dihubungi oleh The Star dan tidak boleh memberikan sebarang maklumat lanjut tentang kes tersebut.

Kes cabul telah berlaku empat tahun lepas selepas bekas isteri kepada CEO berkenaan telah mengesyaki sesuatu yang pelik sehingga membawa kedua-dua anak perempuannya yang berusia lapan dan 10 tahun ketika itu berjumpa kaunselor swasta pada tahun 2015.

Sesi kaunseling yang telah dirakam sebelum ini dan turut ditonton  The Star.

Melalui sesi kaunseling tersebut, kanak-kanak perempuan itu telah menceritakan segala kelakuan keji bapanya terhadap mereka.

Sesi kaunseling yang dikendalikan oleh Kaunselor, Wong Kah Peng atau dikenali sebagai Nicholas Wong kemudian meminta ibu mangsa untuk membuat laporan polis selepas mendengar pengakuan daripada dua beradik itu.

Wong juga telah memfailkan kenyataan bertulis kepada Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada 8 Mei 2015 dengan memberi keterangan bahawa kanak-kanak berusia 10 tahun itu memberitahu kelakuan bapanya melakukan perlakuan tidak senonoh dengan meletakkan alat sulitnya pada tangan kanak-kanak itu dan meminta untuk merahsiakannya.

Pada bulan September 2015, bekas isteri CEO tersebut membuat laporan polis di balai polis Pantai.

Menurut laporan polis , satu salinan di mana The Star telah melihat anak perempuan berkenaan telah mengadu sakit perut dan mual kepada seorang jururawat di sekolah antarabangsa tempatnya belajar.

Jururawat kemudian membawa kanak-kanak itu ke Hospital Pantai untuk pemeriksaan perubatan, dan kemudian doktor merujuk kes itu ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (UMMC) untuk ujian lanjut.

Pasukan UMMC menasihatkan ibu untuk membuat laporan polis kerana mereka mengesyaki anak perempuannya telah dicabul oleh seorang "orang yang tidak diketahui".

Pada tahun 2017, ibu membuat laporan lain selepas anak perempuan muda memberitahu bahawa ayah mereka telah mencabul dia dan kakaknya di pelbagai lokasi, termasuk di rumahnya.

Si ibu telah membuat laporan polis pada November lepas selepas anaknya dikatakan dipaksa tidur dalam keadaan bogel di sebelah bapanya.

The Star juga telah dimaklumkan bahawa kedua-dua anak perempuan itu kini masih tinggal bersama ayah mereka, manakala anak lelaki bersama ibu.- The Star 

Kes cabul, kanak-kanak

Artikel Lain