suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua kejadian tanah runtuh di Cameron Highlands

Kejadian tanah runtuh berlaku pada 9.30 pagi Sabtu membabitkan Jalan Ringlet - Blue Valley berhampiran sebuah kuari.

HUJAN lebat berterusan sejak malam Jumaat menyebabkan dua kejadian tanah runtuh berlaku di kawasan Ringlet, di Cameron Highlands awal pagi Sabtu, namun tiada kecederaan atau kehilangan nyawa dilaporkan.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, DSP Ashari Abu Samah berkata insiden pertama berlaku berhampiran kawasan kebun di Jalan Ulu Merah, Ringlet, pada pukul 6 pagi Sabtu dengan keluasan runtuhan dianggarkan setinggi 15 meter (m) dan 10m panjang.

"Selain hujan lebat, terdapat paip di kawasan kebun pecah sehingga menyebabkan tanah runtuh," katanya.

Berikutan itu, laluan ditutup sementara kepada semua jenis kenderaan dan pihak Jabatan Kerja Raya sedang giat membersihkan jalan, katanya.

Ashari berkata insiden kedua berlaku di Jalan Ringlet-Blue Valley berhampiran Kuari Batu Syarikat Perniagaan Nazri Ahmad kira-kira pukul 9.30 pagi Sabtu.

Katanya, luas kawasan terlibat adalah 32m dan setakat jam 1 tengah hari Sabtu hanya satu lorong dibuka untuk kenderaan dan kerja-kerja pembersihan masih dijalankan. - BERNAMA

tanah runtuh, Cameron Highlands

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia