suria

Gesel dada pada badan pelajar, kemudian senyum....apa hal lelaki ni?

Lelaki (baju putih) dirakam sengaja menggeselkan dadanya ke bahu seorang pelajar sekolah.

SEORANG pengguna Twitter mengingatkan golongan wanita supaya berhati-hati dengan suasana sekeliling dengat memuat naik rakaman video seorang lelaki yang kelihatan sengaja bergesel dengan pelajar sekolah di sebuah restoran.

Rakaman video berdurasi sembilan saat itu menunjukkan seorang pelajar sekolah perempuan yang berdiri di tepi meja makan dan tiba-tiba datang seorang lelaki berjalan ke arahnya sambil menggeselkan dadanya ke bahu pelajar tersebut.

Beberapa pelajar perempuan lain yang turut berada di meja makan itu terkejut dengan perlakuan lelaki tersebut.

Rata-rata netizen menyarankan laporan polis dibuat terhadap lelaki tersebut.

Menurut pengguna Twitter chokiketum @aliafatehaa, selepas insiden itu, lelaki tersebut duduk di satu sudut dan memandang ke arah kumpulan pelajar perempuan itu sambil tersenyum.

Video tersebut mendapat ulang kicau lebih 4 ribu kali selepas kurang sejam dimuatnaik.

Rata-rata netizen pelajar terbabit  membuat laporan polis terhadap lelaki tersebut.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
Lelaki gesel

Artikel Lain