suria

Janji lelaki jelita, “Saya akan botak licin”

Am sering kali disangka perempuan kerana memiliki wajah feminin. Foto ihsan Abdussalam Firdaus.

CUKUP dikenali sebagai lelaki jelita sebelum ini, Abdussalam Firdaus Abdul Aziz yang menyimpan rambut panjang selama dua tahun bakal mengubah penampilannya.

Hasrat yang disuarakan itu menerima 28,000 sokongan di laman Twitter.

"20k retweet aku botak licin. Janji. Good luck guys," tulisnya di Twitter.

Posting Am menjadi tular di Twitter sejak Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: Bikin polis keliru, 'lelaki paling cantik' terpaksa tunjuk MyKad sebelum masuk stadium

Abdussalam Firdaus atau lebih mesra disapa Am memberitahu dia sudah bersedia membotakkan kepalanya selepas dua tahun berambut panjang.

"Sudah tiba masanya untuk saya potong rambut sebab dah dua tahun rambut panjang.

"Saya akan botak licin seperti mana yang saya tulis di Twitter sebelum ini," katanya kepada mStar Online.

Pemuda berusia 23 tahun itu berkata dia akan membotakkan kepalanya dengan bantuan rakannya pada malam ini (Khamis).

"Insya-Allah malam ini lepas Isyak kawan saya akan botakkan rambut saya dekat rumah. Saya dah suruh dia bawa siap-siap mesin potong rambut.

"Saya juga mungkin buat video sepanjang proses tersebut untuk dimasukkan ke YouTube," katanya.

Am semasa menghadiri majlis perkahwinan rakannya.

Ditanya mengenai komen netizen yang mengecamnya, Am berkata setiap individu mempunyai pandangan masing-masing.

"Ramai yang kecam ada kata saya batak retweet. Sebenarnya saya memang nak potong rambut pun bukan disebabkan cabaran itu semata-mata.

"Saya sahaja nak tweet dan tak sangka jadi viral. Ada kata saya tak berani... sembang lebihlah tapi saya dah bersedia tukar imej," katanya.

Mengenai wajah baharunya kelak, Am berkata dia tidak kekok dan sebenarnya sudah biasa berpenampilan botak.

"Saya pernah botak semasa sekolah. Jadi tak ada masalah, saya ok," katanya.

Am merupakan penuntut ijazah sarjana muda perniagaan dari Universiti Kuala Lumpur.

Pemuda berasal dari Sepang, Selangor itu menjadi bualan hangat netizen selepas gambar swafotonya di Stadium Nasional Bukit Jalil dengan kapsyen "bangsa final" tular.

Gambar tersebut kemudian diulang kicau dengan komen "lelaki paling cantik" oleh seorang pelayar Twitter sehingga merima ribuan tanda suka.

Am berkata dia sudah lali dengan tanggapan orang ramai yang menyangka dia seorang perempuan kerana memiliki wajah feminin.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain