Kecoh kereta dinaiki Tun M terbabas, tapi palsu! - Viral | mStar

Kecoh kereta dinaiki Tun M terbabas, tapi palsu!

Gambar yang tular kononnya kereta dinaiki Dr Mahathir terbabit dalam kemalangan.

KECOH apabila gambar sebuah kereta yang didakwa dinaiki oleh Tun Dr Mahathir Mohamad terbabit kemalangan tular pada Rabu, tetapi ia sebenarnya adalah palsu.

Ia disahkan oleh pegawai kepada perdana menteri menerusi halaman Facebook Bernama News Channel pada petang Rabu.

"Berita tular mengenai kereta yang membawa Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir terlibat dalam kemalangan adalah palsu - Pegawai PM," menurut keterangan itu.

Terdahulu, tersebar gambar sebuah kereta yang merempuh pagar sebuah bangunan, di lokasi yang tidak dikenal pasti.

Pengumuman di halaman Facebook Bernama News Channel.

Penyebaran gambar tersebut berserta keterangan "Kereta bawa PM Tun Mahathir terbabas semasa keluar daripada sidang Parlimen, dan PM Tun Dr Mahathir cedera ringan dan Tun Dr Siti Hasmah kesakitan.

"Lihat berita TV1 jam 8 malam nanti," menurut keterangan dakwaan itu berserta emoji tangisan. 

Facebook Bernama News Channel turut membuat pautan perkongsian pemilik Facebook (FB) Adam Mukhriz Mohd Muhayeddin.

"Berita di bawah adalah tidak benar sama sekali. Tun M berada di pejabat selepas pulang dari Parlimen dan menerima delegasi dari Sepanyol dan berada di pejabat ketika post ini ditulis. Terima kasih," menurut perkongsian itu.

Dr Mahathir Mohamad , kemalangan , terbabas

Artikel Lain