suria

Ingatkan cotton candy, rupanya nasi lemak basi... baunya 'semerbak' satu rumah!

Periuk nasi yang dipenuhi 'cotton candy'

SERING kali media sosial menjadi platform untuk netizen meluahkan rasa tidak puas hati termasuk jika mendapat teman serumah yang tidak menghiraukan aspek kebersihan.

Baru-baru ini tular di laman Twitter apabila seorang pelajar universiti tempatan, Nabil Naqiuddin Kamaruddin memuat naik gambar periuk nasi dipenuhi kulat ala-ala 'cotton candy'.

Posting pelajar berusia 24 tahun itu menjadi perhatian ramai apabila ia meraih lebih 10,000 ulang kicau dan 4,800 tanda suka.

Posting yang tular di Twitter baru-baru ini.

Pelajar tahun dua jurusan Kejuruteraan Pembuatan itu memberitahu mStar Online, dia mendiami pangsapuri yang menjadi asrama pelajar universiti di Perlis bersama enam rakannya yang juga penuntut bidang sama.

"Kebiasaannya, kami akan masak setiap hari sehingga khamis. Baru baru ini, kami masak nasi lemak. Sudah tentu perlukan santan.

"Sebelum masing-masing pulang ke rumah pada Khamis dan sepatutnya orang yang terakhir makan akan kemas dan basuh peralatan dapur.

"Namun, bila saya sampai rumah pada Isnin dan nak masak nasi, saya tengok periuk belum dibasuh dan bekas nasi lemak bukan saja dah basi tapi penuh kulat, ala-ala cotton candy,"ujar Nabil.

Menceritakan situasinya ketika itu, kata Nabil dalam perasaan geram, dia hanya pasrah dan terus mencuci periuk berkenaan kerana dia orang pertama melihat 'cotton candy' itu.

Nabil yang juga merupakan pelajar di universiti tempatan.

"Dalam hati memang geram, tapi apakan daya, saya terpaksa basuh periuk itu yang baunya 'semerbak' satu rumah sebab nak masak nasi untuk makan tengahari," katanya yang pertama kali berdepan situasi itu.

Selain itu, Nabil juga berharap peristiwa yang berlaku ini dapat memberi pengajaran kepada teman serumahnya selama satu setengah tahun ini supaya lebih peka dengan kebersihan.

Dalam pada itu, rata-rata netizen yang pernah berhadapan situasi sebegitu turut memberi komen di posting berkenaan.

Sebahagian netizen yang terkejut melihat gambar yang dimuat naik oleh Nabil di Twitter.

"Dulu ada housemate perangai macam ini, pastu aku buat law sendiri, tak basuh lebih sehari aku buang.. Alhamdulillah, dah takde pinggan mangkuk periuk belanga dah dekat rumah lepas itu," tulis @azrindatoazizan.

"Aku ada member suka letak bekal basi dia di bawah katil, sampai berbekas-bekas. Aku geram pastu aku ikat semua bekas itu dekat dia punya teddy bear," tulis @laskar_johor.

"Pernah dapat housemate pengotor macam ini, aku ambil periuk tu letak atas katil cover dengan selimut.. hambikk kooo," tulis ShayzrulS.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
periuk nasi, cotton candy

Artikel Lain