Letak tangkal dalam tabung derma masjid, pendakwah suruh belajar 'marketing'

Penggunaan tangkal yang didakwa dijumpai dalam tabung yang digunakan oleh individu yang memungut derma tanpa kebenaran. - Foto Twitter @999malaysia

JIKA sebelum ini, penggunaan tangkal sinonim dengan amalan menolak bala untuk melindungi diri dan sebagai pelaris dalam perniagaan, kini ada yang berani menggunakan azimat ketika mengutip derma atas nama masjid!

Sejak minggu lalu tersebar gambar seorang individu yang berpenampilan warak didakwa mengutip derma di kawasan pasar malam.

Gambar yang dimuat naik oleh pemilik Twitter @999Malaysia pada Khamis lalu itu menasihatkan agar orang ramai berhati-hati jika ingin bersedekah.

"Operasi menangkap pemungut derma di pasar malam. Dalam tabung ada tangkal.

"Berhati-hati dalam bersedekah... dalam kita bersedekah, kita kena juga menghapuskan kemungkaran," menurut tweet tersebut.

Sementara itu, penceramah bebas, Ustaz Fauwaz Fadzil Noor ketika dihubungi mStar Online menjelaskan bahawa penggunaan tangkal atau azimat adalah sesuatu yang dilarang.

"Tangkal yang digunakan untuk tujuan mendapatkan keberkatan itu ada khilaf dalam kalangan ulama seperti guna kalimah-kalimah suci... yang itu makruh, haram atau harus.

"Cuma, untuk kutip derma tak boleh kerana kita seolah-olah menimbulkan syubhah (keadaan samar tentang halal dan haram)," katanya yang merupakan bekas Pengarah Pengajian Islam di Pusat Pengajian Asasi Kolej Universiti Insaniah (Kuin), Alor Setar, Kedah.

Jelasnya, ada cara lain yang lebih berkesan dan dibenarkan dalam agama berbanding menggunakan tangkal untuk mengutip derma.

"Sepatutnya, kita belajar 'marketing' (pemasaran), bukannya guna tangkal. Itu yang betul.

"Guna tangkal ni terlarang. Dulu, ada orang cari keberkatan dengan tulis ayat suci kemudian gantung dekat mana-mana supaya malaikat jaga rumah.

"Zaman sekarang ni tak sesuai dah nak guna (tangkal) kerana menimbulkan syubhah," katanya.

Fauwaz merupakan penasihat syariah di Telaga Biru Sdn. Bhd. - Foto Facebook Ustaz Fauwaz Fadzil

Menurut Fauwaz, kaedah memungut derma yang dianjurkan adalah melalui pusat zakat dan tabung masjid, bukannya merayau di tepi jalan.

"Bila buat juga (kutip derma tanpa kebenaran), itu sudah melanggar undang-undang dan berdosa.

"Ada juga yang salah guna duit derma itu untuk kegunaan peribadi, itu dah masuk kategori menipu," kata beliau.

tangkal, kutip derma

Artikel Berkaitan

Klik

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Artikel Lain