suria

[V] Gelandangan disiram, ditendang di kaki lima bank... AmBank tampil mohon maaf

Aksi pengawal keselamatan dan seorang lelaki mengusir gelandangan sedang tidur dihadapan bank. -Gambar media sosial

AMBANK tampil memohon maaf susulan insiden seorang lelaki dipercayai gelandangan disimbah air dan ditendang di luar cawangan bank itu di Taman Maluri, Kuala Lumpur pada Selasa.

Bank itu berkata ia amat sedih dan mengambil berat tentang kejadian tersebut sambil menegaskan seseorang individu tidak sepatutnya dilayan sebegitu.

"Kami amat prihatin dan sedih dengan kejadian ini. Tiada sesiapa patut dilayan sebegitu rupa dan keselamatan semua di kawasan kami adalah keutamaan,” menurut kenyataan itu.

AmBank menjelaskan pengawal keselamatan yang terlibat bukan kakitangan tetap bank tersebut, sebaliknya dilantik melalui penyedia perkhidmatan keselamatan luar.

Manakala lelaki yang turut kelihatan dalam rakaman dipercayai tukang kasut yang marah terhadap mangsa.

Terdahulu, tular video [Tonton Video] seorang lelaki yang sedang tidur di laluan pejalan kaki berhampiran cawangan itu disembur air oleh seorang pengawal keselamatan wanita.

Seorang lagi lelaki kemudian menendangnya, membuang barang-barangnya dan menyimbahnya dengan air.

Artikel Lain