suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Ya, dah gilalah” - Saifuddin dedah bayi 3 bulan dirogol, video dirakam dan dijual

Keganasan seksual adalah jenayah berat. -Gambar hiasan

SEORANG bayi berusia tiga bulan menjadi mangsa keganasan seksual apabila dia dirogol dan rakaman tindakan itu dijual.

Pendedahan itu dibuat Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pada Rabu.

"Saya diberi taklimat (oleh polis baru-baru ini) pada pukul 12.30 tengah malam, kalau sudah waktu itu, maknanya seriuslah.

"Sekarang ini dah berlaku satu keadaan yang teruk, tak terjangkau di akal. Bayi umur tiga bulan kena rogol, divideokan dan (rakaman) dijual video itu. 

"Itu sudah kira gila…ya dah gilalah, tak terbayang oleh kita," katanya ketika berucap di Perhimpunan Bulanan bersama warga Kementerian Dalam Negeri (KDN)

Justeru, katanya KDN sedang merancang untuk memperkasakan D11 Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah.

Saifuddin bagaimanapun tidak mendedahkan secara terperinci sama ada kes itu berlaku dalam negara atau sebaliknya.

Artikel Lain