suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anak 3 tahun ‘hilang’ ketika naik kereta dipandu bapa, dipercayai terjatuh dari tingkap

Akibat kemalangan itu, kanak-kanak tersebut cedera dan menerima rawatan di hospital. -Gambar hiasan

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun terjatuh dari kereta ketika bapanya memberhentikan kenderaan di tepi jalan untuk menjawab panggilan telefon.

Kejadian yang berlaku di Kilometer 5, Jalan Lipis-Merapoh dekat Lipis pada pagi Isnin itu, disahkan oleh Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Ismail Man.

Menurut Ismail, dalam kejadian pukul 11 pagi itu, bapa kanak-kanak tersebut meneruskan perjalanan selepas menjawab panggilan telefon.

"Bapa kanak-kanak itu kemudian menyedari anaknya tiada dalam kereta dan cuba mencarinya.

"Namun, pencarian gagal dan bapa kanak-kanak itu membuat laporan di Balai Polis Kuala Lipis," katanya dalam kenyataan.

Ismail berkata, orang awam yang melalui jalan tersebut kemudian menjumpai kanak-kanak berkenaan dalam keadaan cedera di muka berada seorang diri di tepi jalan.

"Kanak-kanak itu dihantar ke Balai Polis Padang Tengku. Bapa mangsa kemudian dimaklumkan anaknya sedang menerima rawatan di Klinik Kesihatan Padang Tengku ketika membuat laporan polis di Balai Polis Kuala Lipis.

"Akibat kemalangan itu, kanak-kanak berkenaan cedera dan menerima rawatan susulan di Hospital Kuala Lipis," katanya.

Jelas Ismail, siasatan awal mendapati kanak-kanak tersebut dipercayai terjatuh dari kereta bapanya melalui tingkap belakang kenderaan yang terbuka.

"Ketika itu, pemandu dipercayai memberhentikan kereta untuk menjawab panggilan telefon," ujarnya.

Susulan itu, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 337 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan terhadap orang awam.

Polis meminta kerjasama saksi kejadian untuk tampil membantu siasatan.

 

 

Artikel Lain