suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penduduk panik api marak menjulang, saluran paip gas utama terbakar

Tangkap layar video tular mengenai kejadian berlaku pada Selasa pagi.

SALURAN paip utama penyimpanan gas dipercayai milik Petronas dilaporkan terbakar dalam kejadian di Putra Heights, Puchong yang mencetuskan panik penduduk sekitar.

Kebakaran yang berlaku kira-kira pukul 8 pagi itu menyaksikan api marak tinggi dan merebak ke kawasan berhampiran, seperti yang dapat dilihat menerusi penstriman langsung di media sosial.

Penduduk setempat bukan sahaja dapat melihat kepulan asap tebal malah turut merasai bahang kebakaran, di samping terdengar bunyi letupan serta bau gas yang kuat.

Pasukan Bomba dan Penyelamat dilaporkan telah tiba di lokasi kejadian bagi mengawal situasi dan memadamkan kebakaran.

Menurut laporan Astro Awani, kejadian dipercayai berpunca daripada kebakaran saluran paip gas, menyebabkan nyalaan api tinggi ke udara.

Ketika ini, pelbagai video kejadian sudah mula tular di media sosial, termasuk perkongsian daripada halaman Facebook Putra Heights Residents yang memaparkan detik-detik kebakaran tersebut.

Artikel Lain