suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tabung Haji umum agihan keuntungan 3.25 peratus, paling tinggi dalam tempoh 7 tahun

TH umum keuntungan selepas zakat sebanyak 3.25 peratus bagi tahun kewangan 2024. -Gambar hiasan

LEMBAGA Tabung Haji (TH) pada Jumaat mengumumkan agihan keuntungan selepas zakat sebanyak 3.25 peratus bagi tahun kewangan 2024.

Perkara itu diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar menerusi sidang media khas.

"Saya dengan rasa kesyukuran kepada Allah mengumumkan Agihan Keuntungan Tahun Kewangan 2024 adalah pada kadar 3.25 peratus setelah mengambil kira pelunasan zakat sebanyak 2.5775 peratus.

"Agihan Keuntungan 2024 ini melibatkan jumlah agihan sebanyak RM2.92 bilion dan akan memberi manfaat kepada lebih 9.54 juta pendeposit Tabung Haji," katanya.

Tambahnya, ia merupakan kadar tetinggi dalam tempoh tujuh tahun sejak 2018.

Dalam pada itu, pendeposit boleh mula menyemak agihan keuntungan yang akan dikreditkan menerusi akaun mereka bermula hari ini.

Untuk rekod, nilai agihan itu meningkat berbanding keuntungan selepas zakat sebanyak 3.1 peratus pada tahun kewangan 2023.

 

Artikel Lain