suria

Ismail Sabri kini suspek kes rasuah dan pengubahan wang haram

SPRM pamer wang rampasan yang dikaitkan dengan Ismail Sabri.

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri kini diklasifikasikan sebagai suspek berkaitan kes rasuah dan pengubahan wang haram.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, perubahan status Ismail daripada saksi kepada suspek dibuat selepas penemuan wang tunai kira-kira RM170 juta dalam sebuah 'safehouse' susulan serbuan dilakukan pihaknya.

"Dalam hal ini saya boleh katakan beliau adalah suspek kes ini. Beliau sudah diminta memperincikan harta mengikut Seksyen 36 Akta SPRM (pengisytiharan harta)," katanya ketika sidang media pada Isnin.

Susulan itu SPRM akan memanggil semula Ahli Parlimen Bera itu untuk dirakam percakapan pada Rabu ini.

Sementara itu pada sidang media sama SPRM turut mempamerkan wang tunai berjumlah RM170 juta dalam pelbagai mata wang asing, selain 16 kilogram jongkong emas tulen yang dianggarkan bernilai hampir RM7 juta.

Menurut SPRM, wang tunai yang dirampas terdiri daripada pelbagai denominasi mata wang antaranya Baht, Riyal, Pound Sterling (GBP), Won, Euro, Swiss Franc, dan Yuan.

Artikel Lain