suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jenazah kanak-kanak hilang selamat dikebumikan - “Berlarilah di syurga Hud”

Jenazah Hud Aryan selamat dikebumikan pada awal pagi Khamis.

JENAZAH kanak-kanak hilang yang ditemukan meninggal dunia selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Aira Kuala Tiga, Tanah Merah, Kelantan pada awal pagi Khamis.

Pengebumian jenazah Hud Aryan Mohd Noor Hafifi pada pukul 1.30 pagi itu dihadiri hampir 100 orang termasuk ahli keluarga dan penduduk kampung.

Suasana sebak mengiringi majlis pengebumian itu ketika Mohd Nor Hafifi Saidee, 33, memangku arwah anaknya sebelum jasad diturunkan ke liang lahad. 

Kanak-kanak itu dilaporkan hilang pada Isnin sebelum mayatnya ditemukan pada Rabu.

Kanak-kanak itu dilaporkan hilang pada Isnin sebelum mayatnya ditemukan pada Rabu.

Visual sekitar pengebumian itu turut dikongsi menerusi laman Facebook oleh beberapa individu.

"Alhamdulillah, selesai proses pengebumian adik Hud Aryan. Terima kasih kepada semua yang hadir dan mendoakan. Berlarilah di syurga Hud. 

ARTIKEL BERKAITAN: Mayat kanak-kanak dipercayai Hud Aryan ditemukan di muara sungai

"Sesungguhnya Allah lebih sayangkan Hud. Tunggu papa dan mama di syurga nanti. Al-Fatihah," tulis salah seorang individu yang menghadiri pengebumian itu.

Untuk rekod, Hud Aryan dilaporkan hilang sekitar pukul 7 malam, Isnin lalu.

Selepas tiga hari pencarian, mayat kanak-kanak itu ditemukan tersangkut pada pokok di tebing muara sungai di Kampung Kerila pukul 4.20 petang, Rabu.

Artikel Lain