suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan dengan Ismail Sabri

SPRM mengesahkan menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Jumaat.

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menurut sumber SPRM, pegawai berkenaan dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya pada Jumaat untuk permohonan reman.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Irza Zulaikha.

ARTIKEL BERKAITAN: Ismail Sabri dikejarkan ke hospital selepas pengsan

Tiga pegawai direman lima hari sehingga Selasa (25 Februari), manakala seorang lagi direman selama tiga hari dan dibebaskan pada Ahad (23 Februari).

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut dan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 16a Akta SPRM.

"Kami berharap orang ramai dapat memberi ruang kepada SPRM untuk menjalankan siasatan tanpa sebarang spekulasi," katanya. -The Star

Artikel Lain