suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nenek curiga tengok cucu umur 13 tahun berkelakuan aneh, rupanya dirogol jiran

Pelaku kes rogol disiasat mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan. -Gambar hiasan

SEORANG lelaki ditahan polis kerana disyaki merogol seorang remaja berusia 13 tahun yang merupakan jirannya.

Suspek berusia 30 tahun itu ditahan pada pukul 7.50 malam Khamis di rumahnya di Tawau, Sabah selepas mangsa dan neneknya membuat laporan polis.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, kejadian tersebut terbongkar apabila nenek mangsa mengesyaki sesuatu yang tidak kena pada cucunya.

ARTIKEL BERKAITAN: Dua beradik kembar bergilir-gilir rogol remaja 16 tahun... Ajak sekali kawan bakal pengantin, calon tunang orang!

"Nenek mangsa menyedari cucunya berkelakuan luar biasa. Apabila ditanya, mangsa memberitahu dia telah dicabul oleh suspek sebanyak tiga kali sejak dua bulan lalu.

"Mereka kemudian pergi ke balai polis berhampiran untuk membuat laporan pada hari Rabu (15 Januari)," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Susulan laporan berkenaan ujar Jasmin, suspek kemudiannya ditahan dan direman untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan kerana merogol.

Artikel Lain