suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mayat mereput ditemukan di tebing sungai, mungkin wanita dilapor hilang pada 2024

Mayat wanita ditemukan di tebing Sungai Kedah. -Foto Polis Diraja Malaysia (PDRM).

MAYAT reput, dipercayai seorang wanita ditemukan di tebing Sungai Kedah sekitar Alor Mengkudu, Alor Setar pada petang Isnin.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Siti Nor Salawati Saad berkata, siasatan sedang dijalankan untuk mengenal pasti sekiranya mayat itu mempunyai kaitan dengan laporan kehilangan seorang wanita yang dipercayai terjatuh sungai pada November tahun lalu.

Tambahnya, pihak polis menerima panggilan telefon daripada orang awam sekitar pukul 2.35 petang memaklumkan mengenai penemuan mayat yang masih lengkap berpakaian itu.

"Pemeriksaan pada mayat menemukan sebuah telefon bimbit di dalam poket seluar yang dipakai.

"Mayat dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar untuk proses bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Untuk rekod, pada 8 November tahun lalu, seorang wanita dilaporkan hilang setelah motosikalnya ditemukan di dalam sungai yang sama iaitu sekitar 10 kilometer dari lokasi penemuan mayat pada Isnin.

"Polis sudah memanggil waris kepada individu wanita yang dilaporkan hilang sebelum ini untuk tujuan pengecaman dan menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA)," ujarnya. - The Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain